Teknik Mendidik & Memahami Jiwa AnakMisteri Aura & Energi SURAH AL FATIHAH
![]() Besarkan Imej |
Misteri Aura & Energi SEDEKAH |
|
Harga:
RM10.00
|
||
Tajuk: Misteri Aura & Energi SEDEKAH KEHIDUPAN manusia diselubungi beraneka warna. Ada yang kaya dan berada, namun tidak kurang juga yang miskin papa. Kekayaan bukanlah izin untuk hidup sombong dan derhaka, sementara kemiskinan pula tidak semestinya menjanjikan sengsara melara. Dalam mengimbangi jurang yang ada, amalan sedekah diwajibkan agar kehidupan bermasyarakat terpelihara. Dengannya nasib yang malang akan terbela, sifat kasih sayang mekar sentiasa walau perbezaan hidup jelas ketara. Sedekah adalah lambang keperihatinan sesama manusia. Demi melaksanakan perintah Allah dan keredhaanNya. Bukan setakat wang ringgit, harta atau tenaga, tetapi sekadar senyuman di sebalik wajah keriangan sudah cukup menghiburkan hati-hati yang berduka. Agar semua manusia tenang dalam kesusahan dan damai dalam kesenangan. Buku ini menghuraikan Misteri Aura & Energi Sedekah yang menjadi penghubung di celah-celah perbezaan taraf manusia. Semoga kita dapat mengambil manfaat darinya agar terbina sebuah masyarakat yang kental dan bersatu padu, insya Allah. |
||
Ulasan Pelanggan:Tiada ulasan untuk produk ini.Sila log masuk untuk tulis ulasan. |
||