Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

100 Doa dalam Al-Quran - Kisah & AmalannyaKeluarga Yang Beruntung

20 Tips Khusyuk Solat
Besarkan Imej


20 Tips Khusyuk Solat

Harga: RM5.00


Tajuk: 20 Tips Khusyuk Solat
Penulis: Muhammad Thalib
Kod: DN 434
ISBN: 983-046-366-4
Kandungan: 128 m.s.

Khusyuk dalam solat mengandungi unsur-unsur tunduk dan patuh secara zahir dan batin disebabkan timbulnya dalam diri rasa takut dan gerun kepada Allah SWT. Perasaan tersebut muncul apabila kita menyedari kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri. Lalu hati dan fikiran tertumpu penuh pada solat sehingga tidak diganggu oleh urusan-urusan keduniaan.

Hendaklah kita melaksanakan ibadat solat dengan sikap taat dan tunduk kepada perintahNya, agar solat kita diterima Allah. Mengharapkan keampunanNya dan selalu merasa diawasi hingga timbul semangat untuk solat dengan sempurna supaya menjadi semakin dekat kepadaNya. Merasa cemas dan khuatir sekiranya ibadat solat tidak diterima oleh Allah SWT.

Semoga buku ini dapat membantu menanamkan kecintaan dan kekhusyukan dalam melaksanakan ibadat solat, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Popular

Anda Di Sini Kategori Buku Ibadah Utama