Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Mendidik Mental Anak99 Sifat Manusia Berpandukan Asma Ul Husna

Hikmah Disebalik Solat
Besarkan Imej


Hikmah Disebalik Solat

Harga: RM8.00


Tajuk: Hikmah Disebalik Solat
Pengarang: Kasmuri Selamat MA
Kod: DN 202
ISBN: 983-046-121-1
Kandungan: 176 m.s.

Solat merupakan ibadah yang menunjukkan kepatuhan penuh ikhlas seorang hamba terhadap Khaliqnya. Dengan solat juga kita dapat membezakan nilai ketaqwaan yang tersemat di dalam sanubari seseorang. Jika solat dikerjakan dengan rasa khusyuk, tawaduk dan hanya mengharapkan keredhaan Allah SWT semata, maka kita akan memetik buah kenikmatan yang memenuhi segala aspek kehidupan. Akhirnya jadilah kita insan yang diselimuti dengan rahmatNya.

Di dalam ibadah solat tersimpan seribu satu hikmah yang dapat mengisi ruang-ruang yang telah terhakis dalam minda, jiwa dan keperibadian. Dengan memahami hikmah-hikmahnya akan meneguhkan lagi keyakinan dalam diri bahawa kita hanyalah seorang hamba yang sentiasa berharap dan memohon pertolongan kepada Allah SWT. Jangan biarkan dalam diri yang lemah ini tersimpan sifat kesombongan terhadap Pencipta, hiasilah dengan wuduk dan solat agar memancar cahaya makrifat.

Semoga buku ini ada manfaatnya bagi kita semua dalam memahami rahsia dan hikmah disebalik ibadah solat kita, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Popular

Anda Di Sini Kategori Buku Ibadah Utama