30 Amalan Yang Dilaknat90 Tips Kebahagiaan Suami Isteri
![]() Besarkan Imej |
Fadhilat Miswak - Kelebihan Kayu Sugi |
|
Harga:
RM4.00
|
||
Tajuk: Fadhilat Miswak - Kelebihan Kayu Sugi Miswak atau kayu sugi telah digunakan sejak sekian lama bagi mencuci dan membersihkan gigi. Ia merupakan salah satu amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Padanya terkandung seribu satu khasiat. Tidak hairanlah jika didapati masih ada yang menggunakan kayu sugi berbanding ubat gigi ciptaan masa kini. Rasulullah SAW sendiri turut menekankan tentang kepentingannya di dalam beberapa buah hadith. Akar kayu sugi yang digunakan untuk membersihkan gigi dan mulut bukan sahaja mengandungi zat anti-microbe (anti kuman), malah dapat menentang penyakit anaemia. Selain daripada memberikan kesihatan kepada mulut, ia turut mendatangkan kesukaan kepada Yang Maha Pencipta. Allah SWT telah menjanjikan balasan berganda bagi sesiapa yang bermiswak dalam beribadah. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang mengabaikan penggunaan miswak. Semoga buku kecil ini dapat membantu kita berusaha dalam menghidupkan kembali sunnah Rasul yang kian dilupai, insya Allah. |
||
Ulasan Pelanggan:Tiada ulasan untuk produk ini.Sila log masuk untuk tulis ulasan. |
||