Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Terjemahan Al-Qur'an Juz' Amma secara HarfiahPersediaan Menghadapi Hari Tua

Menu Zulkaedah - Siri Agenda Bulanan 11
Besarkan Imej


Menu Zulkaedah - Siri Agenda Bulanan 11

Harga: RM5.00


Tajuk: Menu Zulkaedah - Santapan Rohani & Kenangan Bulan Hijriah - Siri Agenda Bulanan 11
Penulis: Abu Ahmad Yasin
Kod: DN 517
ISBN: 983-046-454-7
Kandungan: 136 m.s.

ZULKAEDAH menjadi persediaan kepada para tetamu Allah demi menyahut seruan yang sekian lama dikumandangkan. Pada bulan inilah baginda Rasul SAW memulakan perjalanan menuju Baitullah untuk menunaikan ibadat Haji buat kali terakhir. Sayu Madinah menyaksikan, sangsi jikalau insan yang mulia ini tidak kembali semula setelah pulang ke tanah tumpah darah yang amat dirindui.

Padanya juga terselit kisah kemenangan tentera Allah yang kecil lagi lemah menewaskan manusia durjana yang mencabar dan memperlekehkan segala seruan Rasul utusan Allah. Itulah Namrud, yang tewas dan dihina dengan nyamuk sekecil-kecil makhluk yang Allah ciptakan.

Semoga kita dapat mengambil iktibar atas segala peristiwa yang berlaku pada bulan Zulkaedah ini, seterusnya menjadi manusia yang taat dan gembira dapat mendampingi Allah Yang Maha Esa, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Popular

Anda Di Sini Kategori Buku Amalan Seharian