Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Teman Tetamu Allah - Panduan Umrah & Ziarah (Rumi)Kisah-kisah Insan Bertaubat - 3003 Keinsafan - Siri 3

Menu Safar - Siri Agenda Bulanan 2
Besarkan Imej


Menu Safar - Siri Agenda Bulanan 2

Harga: RM5.00


Tajuk: Menu Safar - Santapan Rohani & Kenangan Bulan Hijriah - Siri Agenda Bulanan 2
Penulis: Abu Ahmad Yasin
Kod: DN 508
ISBN: 983-046-445-8
Kandungan: 136 m.s.

SAFAR sering dikaitkan dengan kesedihan dan bala bencana. Ini lantaran semua insan bersedih dengan geringnya manusia yang paling istimewa setelah Islam mula berkembang dan menyerbak harum di dunia. Namun, bulan ini bukanlah seperti yang selalu disangka. Tiadalah ia membawa sebarang petaka, melainkan segalanya milik mutlak Rabb Yang Maha Kuasa.

Saat geringnya Baginda yang mulia, masih lagi tersisa ingatan untuk umat yang bakal ditinggalkan. Pengorbanan yang tulus tanpa mengenal erti mengalah mesti selalu disemat di dalam sanubari agar sunnah dan pesanan Baginda tetap diamalkan dan abadi di dalam diri.

Semoga buku ini dapat menyelongkar segala rahsia yang terkandung di dalam bulan Safar yang selama ini sering mendapat reaksi negatif, seterusnya menjadikan kita umat yang bersatu mengharungi segala rintangan hidup, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Popular

Wadah Harian

Kamu tidak akan masuk syurga, kecuali kalau kamu beriman, dan tidaklah beriman kalau kamu belum saling berkasih sayang. Mahukah kamu, aku tunjukkan sesuatu yang bila kamu kerjakan, kamu akan berkasih sayang antara satu sama lain? Tebarkanlah salam di antaramu.

* Petikan: Imam Ghazali DN 082 1001 Mutiara Hikmah & Kata Nasihat

 
Anda Di Sini Kategori Buku Amalan Seharian