Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Terjemahan Hadith Riwayat Imam Syafi‘e (Jilid 1)Munajat Dikeheningan Malam: Sentuhan Jiwa Penawar Rindu

Misteri Aura & Energi Wirid dan Doa
Besarkan Imej


Misteri Aura & Energi Wirid dan Doa

Harga: RM10.00


Tajuk: Misteri Aura & Energi Wirid dan Doa
Penulis: K Ghazali
Kod: DN 504
ISBN: 983-046-441-5
Kandungan: 232 m.s.

KETIKA kita dilanda kemurungan, ingatlah akan timbul jua kegembiraan. Apabila diri dirundung kegagalan, yakinlah pasti akan tergenggam erat kejayaan. Manusia sering mendambakan segala yang indah dan bahagia namun apabila yang menjelma duka atau nestapa, kekecewaan dan putus harapan akan sentiasa bermain di jiwa. Sesungguhnya Allah tidak berlaku zalim, segala yang berlaku mengandungi hikmah yang tersembunyi.

Hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahui. Kita sebagai hamba hanyalah berusaha dan memanjatkan doa setulus hati. Namun segala yang terjadi adalah menjadi milik mutlak Penguasa jagat raya ini. Ingatlah Zikir dan Doa juga adalah antara rahmat Ilahi yang menjadi senjata dan perisai kepada para Rasul, Nabi-nabi serta para wali. Selalu mengingati dan bermohon padaNya, agar keesaan dan kebesaranNya tersemat kukuh di dalam lubuk sanubari.

Buku ini menghuraikan Misteri Aura & Energi - Wirid dan Doa yang selalu dipandang sepi pada mata-mata yang terikat dengan alam duniawi. Semoga kita dapat mengambil manfaat darinya, seterusnya dapat menjalani kehidupan dengan lebih tersusun dan damai di hati, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Popular

Anda Di Sini Kategori Buku Amalan Seharian