Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Kumpulan Cerita Ajaib, Aneh & Mencuit Hati -4004 Memori -Siri 4Sumpah Rasulullah SAW Menjelang Wafat

Rihlah - Panduan & Persiapan Perjalanan Jauh
Besarkan Imej


Rihlah - Panduan & Persiapan Perjalanan Jauh

Harga: RM5.00


Tajuk: Rihlah - Panduan & Persiapan Perjalanan Jauh
Pengarang: Dr Abdul Hakim Ash-Sha'idy
Kod: DN 323
ISBN: 983-046-249-8
Kandungan: 128 m.s.

Kehidupan insan di dunia ini selalu bergerak, melakukan perjalanan, berpergian untuk menghasilkan kebaikan. Kadangkala perjalanan yang dilakukan untuk memperolehi rezeki atau untuk menunaikan kewajipan ibadah seperti menuntut ilmu, haji dan umrah. Begitu juga kunjungan boleh dilakukan untuk menziarahi kawan demi menambah ikatan persaudaraan, mengunjungi orang yang sakit, untuk menghayati keagungan ciptaan Allah dan sebagainya.

Bergerak di atas bumi untuk mencari redha Allah merupakan kebajikan yang mengandungi hikmah dan manfaat yang besar. Rihlah dijalan kebenaran akan menambah ikatan cinta antara masyarakat disamping menambah ketaatan, menghapuskan dosa dan keburukan serta memperolehi kehormatan daripada Allah SWT. Dengan memahami aturan perjalanan yang benar, maka umat Islam memiliki hati yang tenang dan terhindar dari dukacita.

Semoga buku ini memberikan pedoman tentang etika dan adab rihlah yang dapat membimbing umat Islam dalam melakukan perjalanan yang diredhaiNya, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Popular

Wadah Harian

Sesungguhnya Allah S.W.T. menjadikan dunia itu tiga bahagian; sebahagian bagi orang mukmin, sebahagian bagi orang munafik dan sebahagian bagi orang kafir. Maka orang mukmin menyiapkan perbekalan. Orang munafik, mengambilnya menjadi hiasan, dan orang kafir pula mengambilnya untuk bersenang-senang.

* Petikan: Imam Ghazali DN 082 1001 Mutiara Hikmah & Kata Nasihat

 
Anda Di Sini Kategori Buku Amalan Seharian