Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Solat Dhuha - Panduan Memperoleh Rezeki

170 Amalan Yang Diterima
Besarkan Imej


170 Amalan Yang Diterima

Harga: RM10.00


Tajuk: 170 Amalan Yang Diterima
Pengarang: Muhammad Thalib
Kod: DN 260
ISBN: 983-046-182-3
Kandungan: 264 m.s.

Iman adalah nur penerang yang menghiasi kalbu, sedangkan amal merupakan biasan iman yang menghiasi keperibadian. Iman yang kukuh akan melahirkan budi pekerti luhur. Begitu juga akhlak yang mulia sebagai pancaran dari iman yang murni. Iman dan amal saling berpadu menuju ke satu arah dalam mencari kedamaian batin untuk bertaqarrub kepadaNya.

Setiap amal ibadah mengandungi hikmah dan manfaat yang besar bagi setiap insan dalam mengerjakannya. Dengan memahami hakikat sebenar amalan mulia ini, akan memberikan pengertian besar terhadap diri setiap individu muslim. Sesungguhnya amalan yang diterima di sisi Ilahi adalah bergantung pada nur iman dan keperibadian seseorang. Ini kerana keduanya saling melengkapi dalam mencapai keredhaan Ilahi.

Semoga buku ini dapat membantu dalam memantapkan iman dan amal yang diterima oleh Allah SWT, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Popular

Wadah Harian

Kamu tidak akan masuk syurga, kecuali kalau kamu beriman, dan tidaklah beriman kalau kamu belum saling berkasih sayang. Mahukah kamu, aku tunjukkan sesuatu yang bila kamu kerjakan, kamu akan berkasih sayang antara satu sama lain? Tebarkanlah salam di antaramu.

* Petikan: Imam Ghazali DN 082 1001 Mutiara Hikmah & Kata Nasihat

 
Anda Di Sini Kategori Buku Amalan Seharian