Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Bimbingan Lengkap Fardhu 'Ain - Tauhid & Solat (Edisi Rumi)

Bimbingan Lengkap Solat-Solat Sunnat
Besarkan Imej


Bimbingan Lengkap Solat-Solat Sunnat

Harga: RM10.00


Tajuk: Bimbingan Lengkap Solat-Solat Sunnat
Pengarang: Akmal Hj Mhd Zain
Kod: DN 093
ISBN: 983-046-010-x
Kandungan: 232 m.s.

Setiap Ibadah yang diperintahkan dalam Islam diiringi dengan ibadah sunnat sebagai pelengkap terhadap ibadah tersebut disamping sebagai salah satu jalan bagi umat Islam untuk mencapai darjah taqwa di sisi Allah SWT. Ibadah Zakat diiringi dengan ibadah sedekah, ibadah Haji diiringi oleh ibadah Umrah, ibadah puasa di bulan Ramadhan diiringi ibadah sunnat puasa 6 di bulan Syawal dan berbagai lagi jenis puasa sunnat yang lain.

Solat adalah ibadah yang paling utama dalam syariat Islam. Ibadah utama yang akan ditanya oleh Allah SWT kelak di Yaum al-Mahsyar. Sebagai memberi peluang kepada hamba-hambaNya, maka Allah SWT juga mensyariatkan beberapa solat sunnat selain daripada solat-solat yang difardhukan. Selain dari itu, solat-solat sunnat ini disyariatkan adalah untuk membangkitkan jiwa kita dan mempertinggikan mutu ibadah kepada Allah SWT.

Disamping memberi kesempatan kepada kita untuk berlumba-lumba memperoleh kebajikan dan kesempurnaan dari sudut pengabdian kepada Allah SWT serta mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat kelak, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Popular

Anda Di Sini Kategori Buku Amalan Seharian