Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

21 Amalan yang Ditakuti IblisHAJAT untuk Rawatan, Pelindung dan Doa - Jilid 1 (K/N)

4004 Malam - Kisah Simbaz Dalam Pelayaran - Siri 4
Besarkan Imej


4004 Malam - Kisah Simbaz Dalam Pelayaran - Siri 4

Harga: RM5.00


Tajuk: 4004 Malam - Kisah Simbaz Dalam Pelayaran - Siri 4
Pengarang: Abu Hikmah Al Husni
Kod: DN 292
ISBN: 983-046-219-6
Kandungan: 120 m.s.

Kumpulan kisah 4004 Malam ini merangkumi 5 siri, yang merupakan himpunan kisah yang amat mempesona dan penuh dengan peristiwa yang menyentuh nurani. Kisah-kisahnya mengandungi nilai-nilai moral dan seni yang tinggi. Dalam kumpulan kisah ini, kita akan merasakan betapa sukarnya kita membezakan alam fantasi dan alam realiti. Ketika kita membacanya kita mungkin merasakan sedang berada di ‘dunia lain’ tetapi pada masa yang sama kita juga merasakan bahawa ‘dunia lain’ itu adalah dunia kita sendiri yang sedang kita lalui.

Kisah-kisah dalam buku ini diterjemahkan dari kisah 1001 Malam yang asal, yang pernah menggemparkan kota Baghdad di masa pemerintahan Khalifah Harun Ar Rasyid yang merupakan Khalifah Abbasiyah yang kelima. Masa pemerintahannya dianggap zaman keemasan Islam, manakala istananya di Baghdad digambarkan istana yang paling indah dan megah di dunia.

Semoga kisah-kisah dalam 4004 Malam ini dapat memberikan pengiktibaran dalam menghibur para pembaca selain dari merehatkan minda, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Popular

Anda Di Sini Kategori Buku Kisah-kisah Teladan