Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Melatih Diri Menuju Jalan Sufi

Qisasul Anbiya' 3 - Kisah Kehidupan Nabi Muhammad SAW - Siri 1
Besarkan Imej


Qisasul Anbiya' 3 - Kisah Kehidupan Nabi Muhammad SAW - Siri 1

Harga: RM10.00


Tajuk: Qisasul Anbiya' 3 - Kisah Kehidupan Nabi Muhammad Rasulullah SAW - Siri 1
Penulis: Abu Hikmah Al Husni
Kod: DN 280
ISBN: 983-046-211-0
Kandungan: 264 m.s.

Nabi Muhammad SAW merupakan insan mulia sepanjang zaman. Di dalam diri Baginda tersimpan khazanah kemuliaan yang memberi rahmat dan keberkatan seluruh alam. Perjuangan dan pengorbanannya dalam menegak risalah kebenaran sentiasa mendapat rintangan dari kemusyrikan, namun nur keimanan yang memancar dari kerasulannya memamah seluruh kejahilan dan kesombongan.

Keluhuran keperibadiannya mengalirkan mata air yang tidak akan kering, menyejukkan jiwa yang dahagakan keimanan, memancarkan kejernihan budi dan sumber petunjuk yang mulia. Sejarah umat manusia belum pernah menyaksikan keunikan seseorang mencapai darjat kesempurnaan seperti Nabi Muhammad SAW yang memberikan sumbangan menakjubkan bagi keselamatan umat manusia seluruhnya. Sehingga langit dan bumi ini digulung, kejernihan sumber mata air kerasulan tetap akan dinikmati setiap insan yang beriman.

Buku ini memberikan sumbangan pengetahuan bagi umat Islam dalam mempelajari, merenungi dan mengamalkan cara hidup Insan Mulia sepanjang zaman. Semoga bermanfaat, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Popular

Anda Di Sini Kategori Buku Kisah-kisah Teladan