Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Menu Safar - Siri Agenda Bulanan 2Serpihan Ummah Pelbagai Kelompok Dalam Islam (Siri 1)

Kisah-kisah Insan Bertaubat - 3003 Keinsafan - Siri 3
Besarkan Imej


Kisah-kisah Insan Bertaubat - 3003 Keinsafan - Siri 3

Harga: RM12.00


Tajuk: 3003 Keinsafa- Kisah-kisah Insan Bertaubat - Siri 3
Pengarang: Kasmuri Selamat MA
Kod: DN 297
ISBN: 983-046-224-2
Kandungan: 240 m.s.

Peristiwa silam yang memamah kesucian batin menyebabkan insan terlupa hakikat diri lalu terkurunglah ianya dalam lingkaran syaitan. Sebelum hangus terbakar dalam noda dan dosa, segeralah kita melangkah menuju pintu taubat kerana di dalamnya tersimpan seribu satu keampunan dan kasih sayang Yang Maha Esa.

Setiap titis air mata yang terbit dari relung jiwa keinsafan akan membuka belenggu dan menepis kabus kehidupan untuk menuju Taman Hidayah Mahligai Rahmat Ilahi. Impian untuk menikmati kehidupan yang diredhai melahirkan benih kerinduan untuk sentiasa berada di sisi-Nya. Hanya insan yang bertaubat dan kembali ke jalan benar akan merasakan manisnya kemurniaan iman.

3003 Keinsafan Kisah-kisah Insan Bertaubat membuka lembaran sejarah silamgolongan yang telah menemukan jalan kebenaran. Semoga paparan kisah ini dapat mengetuk kesedaran setiap jiwa yang selalu dalam kealpaan, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Popular

Anda Di Sini Kategori Buku Kisah-kisah Teladan