Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Rawatan Keracunan HatiPedoman Solat-Solat Sunat menurut Sunnah Rasul

Kisah-kisah Wanita Syurgawi - 2002 Mutiara - Siri 2
Besarkan Imej


Kisah-kisah Wanita Syurgawi - 2002 Mutiara - Siri 2

Harga: RM10.00


Tajuk: 2002 Mutiara - Kisah-kisah Wanita Syurgawi - Siri 2
Pengarang: Habsah Md Nor
Kod: DN 298
ISBN: 983-046-229-3
Kandungan: 240 m.s.

Buku ini memaparkan cebisan kisah-kisah dari buku * Kisah 88 Mutiara Syurga dengan beberapa penambahan. Kisah-kisah wanita solehah yang dihidangkan dipetik dari berbagai bidang yang diceburinya. Ada dari golongan isteri yang setia, ibu yang bijaksana, wanita solehah yang berjasa di medan perang, sebagai ahli sufi, anak yang solehah serta sanggup berhijrah di jalan Allah.

Kelembutan, kemesraan dan kasih sayang merupakan fitrah yang telah dianugerahkan dalam diri wanita. Keperibadian mulia yang menghiasi wanita umpama mutiara yang indah berkilauan serta bagaikan sekuntum bunga yang harum mewangi menghiasi taman-taman syurgawi.

Setiap wanita merindui kenikmatan dan kesenangan abadi di akhirat nanti. Bagi wanita yang ingin menikmati syurgawi Ilahi, akan sentiasa sujud merendahkan diri kepadaNya dengan linangan airmata, berusaha dengan keteguhan iman, membersihkan cahayanya agar bersinar kembali setelah lama terkubur dalam lembah kejahilan. Sesungguhnya pengorbanan wanita selalu dikenang dan sentiasa terpahat dalam jiwa sebagai seorang insan yang menuangkan seberkas sinar kedamaian. Semoga buku 1001 Mutiara Himpunan Kisah Wanita Syurgawi ini memberikan pedoman dalam diri wanita dalam menuju alam yang abadi.

* Edisi lama




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Popular

Anda Di Sini Kategori Buku Kisah-kisah Teladan