Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Dialog RamadhanHayatus Sahabah - Kehidupan Para Sahabat (Jilid 1)

Ensiklopedia Para Wali - Himpunan Kisah Kekasih Allah - Siri 1
Besarkan Imej


Ensiklopedia Para Wali - Himpunan Kisah Kekasih Allah - Siri 1

Harga: RM10.00


Tajuk: Ensiklopedia Para Wali - Himpunan Kisah Kekasih Allah - Siri 1
Pengarang: Ahmad Muhammad Abdul Ghaffar
Kod: DN 162
ISBN: 983-046-081-9
Kandungan: 240 m.s.

Para muttaqin merupakan kekasih Allah yang senantiasa berada di sisiNya. Setiap detik, bibirnya dibasahi dengan menyebut asma Allah. Hatinya jernih mengagongkan Yang Maha Pencipta. Segala akhlak dan budi pekerti bergantung kepada kehendak Allah semata. Jiwanya rindu ingin menghadap Ilahi, terpancar cahaya kebenaran di celah-celah kehidupan. Akhirnya segala keputusan, hidup dan mati hanya mengharap keredhaan Yang Maha Kuasa.

Makrifatullah merupakan hakikat kehidupan insan dalam mengenal penciptanya, sehingga tumbuh mahabatullah atau cinta terhadap Allah. Antara kekasih Allah denganNya tiada hijab yang membatasi hubungan keduanya. Mereka memiliki kelebihan-kelebihan luar biasa yang diberikan Allah dan tidak akan dimiliki oleh orang-orang yang ingkar. Dengan keistimewaan dan keutamaan tersebut, segenap penghuni bumi memperoleh berkat dan rahmat daripada Allah SWT.

Buku in terdiri dari 7 siri. Semoga paparan kisah para wali serta pengorbanan dan kelebihan pada diri mereka menjadi teladan bagi ummah dalam menuju kehidupan yang lebih sempurna, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Popular

Wadah Harian

Cinta itu terbahagi lima:

1. Cinta manusia kepada Allah S.W.T.

2. Cinta manusia kepada dirinya.

3. Cinta kepada orang kerana kecantikannya.

4. Cinta kepada orang kerana ketinggian budinya.

5. Cinta kepada orang yang berjasa kepadanya.

* Petikan: Hukamak DN 082 1001 Mutiara Hikmah & Kata Nasihat

 
Anda Di Sini Kategori Buku Kisah-kisah Teladan