Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Terapi Duka - Nukilan Intipati ‘La Tahzan’ Jangan BersedihProses Awal Sistem Pendidikan Islam

Kisah Nabi Yusuf A.S. dengan Isteri Al-Aziz
Besarkan Imej


Kisah Nabi Yusuf A.S. dengan Isteri Al-Aziz

Harga: RM5.00


Tajuk: Kisah Nabi Yusuf A.S. dengan Isteri Al-Aziz
Pengarang: Muhammad Ali Qutb
Kod: DN 112
ISBN: 983-9017-034-9
Kandungan: 120 m.s.

Kebenaran itu bersinar menerangi seluruh alam. Walaupun ada yang ingin menukarnya dengan tipu daya dan kebohongan, namun ia tetap dengan sinarannya yang bersih dan murni. Sesungguhnya kebenaran itu adalah haq. Begitulah kebenaran yang tersimpan dan tumbuh di dalam sanubari Nabi Yusuf A.S. iaitu seorang hamba Allah dan Rasul yang mulia.

Kisah perjalanan hidup Nabi Yusuf dipenuhi dengan pelbagai ujian, dugaan, fitnah dan sebagainya. Semua itu dihadapi dengan penuh kesabaran dan ketabahan demi mengharap kemuliaan dari Ilahi. Pertemuan Nabi Yusuf as. dengan isteri Al-Aziz iaitu Siti Zulaikha mencatatkan sejarah bahawa cinta yang membara dan nafsu berahi itu hanya membawa seseorang ke lembah fitnah.

Kebenaran yang dibawa oleh Nabi Yusuf telah membuahkan hasil yang sangat indah, akhirnya ia menjadi mulia di tempat dia dihina. Semoga buku yang ada di tangan anda ini ada manfaatnya bagi kita semua, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Popular

Anda Di Sini Kategori Buku Kisah-kisah Teladan