Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Solat Taubat - Panduan Menjernih JiwaSurah Yaasiin, Tahlil & Doa (Edisi Besar)

Rahsia 7
Besarkan Imej


Rahsia 7

Harga: RM10.00


Tajuk: Rahsia 7
Pengarang: Muhammad Isa Selamat
Kod: DN 046
ISBN: 983-046-077-0
Kandungan: 208 m.s.

Allah SWT telah menghiasi 7 perkara dengan 7 perkara. Kemudian Allah SWT menghiasi pula tiap-tiap 7 perkara itu dengan 7 perkara yang lainnya. Untuk mengkhabarkan kepada orang-orang yang berilmu bahawasanya 7 itu mempunyai rahsia yang sangat besar dan kedudukan yang agung disisi Allah SWT.

Allah SWT menghiasi angkasa dengan 7 lapis langit, kemudian Allah SWT menghiaskannya dengan 7 bintang. Allah SWT juga menciptakan bumi tempat tinggal kita, terdiri daripada 7 lapis pula. Setelah itu Allah SWT menciptakan bumi dengan 7 lautan yang besar dan Neraka terdiri daripada 7 pintu. Kemudian Allah SWT juga menjadikan 7 ayat surah Al-Fatihah sebagai pembukaan kitab. Di dalam ibadah Haji kita juga disuruh mengerjakan 7 kali tawaf, sai'i dan melontar.

Allah SWT menjadikan seminggu itu terdiri daripada 7 hari. Di dalam hari-hari tersebut ada kelebihan dan kenangan yang merupakan rahsia keutamaannya. Allah SWT sangat besar kekuasaanNya dan sangat tinggi kalimatNya serta berterusan nikmatNya. Semoga kita semua mendapat keredhaanNya, amiin, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Popular

Wadah Harian

Sesungguhnya Allah S.W.T. menjadikan dunia itu tiga bahagian; sebahagian bagi orang mukmin, sebahagian bagi orang munafik dan sebahagian bagi orang kafir. Maka orang mukmin menyiapkan perbekalan. Orang munafik, mengambilnya menjadi hiasan, dan orang kafir pula mengambilnya untuk bersenang-senang.

* Petikan: Imam Ghazali DN 082 1001 Mutiara Hikmah & Kata Nasihat

 
Anda Di Sini Kategori Buku Kisah-kisah Teladan