Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Kisah Ajaib - Orang-orang Yang Makbul DoanyaMemori Selasa - Siri Diari Seminggu 3

Ubatilah Dirimu dengan Al Quran
Besarkan Imej


Ubatilah Dirimu dengan Al Quran

Harga: RM5.00


Tajuk: Ubatilah Dirimu dengan Al Quran
Pengarang: Abu Fida' Muhd Izzat
Kod: DN 177
ISBN: 983-046-098-3
Kandungan: 120 m.s.

* 1 naskah: 0.15kg
* 10 naskah: 1.5kg

Allah memberikan kesihatan dan penawar bagi roh serta jasad. Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit selain daripada Allah SWT. Sesungguhnya berubat dengan Al-Quran merupakan perkara yang telah ditetapkan syariat, bahkan telah ramai salafussoleh mencuba tentang kemujarabannya. Ibnu Qayyim pernah berkata: "Sesiapa yang tidak berubat dengan Al-Quran, maka Allah tidak akan menyembuhkannya.”

Al-Quran merupakan penawar dan rahmat bagi hati serta tubuh. Insan yang beriman akan mengambil Al-Quran untuk mengubati hatinya yang duka dan nestapa, juga sebagai penawar bagi jasadnya yang sakit. Gunakanlah Al-Quran sebagai pedoman dalam kehidupan, ambillah juga kesempatan bagi berlindung dan merawat diri denganNya daripada gangguan syaitan, jin, sihir dan pelbagai lagi niat jahat manusia serta malapetaka.

Semoga umat Islam mampu menggunakan Al-Quran sebagai pegangan dalam segala aspek kehidupan, insya Allah.




Jenis Produk: Buku

Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Popular

Anda Di Sini Kategori Buku Rawatan Zahir & Batin