Pelindung Hati Dari Buruan SyaitanMenu Safar - Siri Agenda Bulanan 2
![]() Besarkan Imej |
Sifat 20 & Pengenalannya |
|
Harga:
RM6.00
|
||
Tajuk: Sifat 20 & Pengenalannya * 1 naskah: 0.15kg Akidah yang teguh dan mantap menjadi dambaan mukmin sejati. Segala sifat Pencipta dan keagunganNya menjadi sandaran bagi diri yang lemah dan serba kekurangan. Bermula dengan mengetahui, mengenal dan beramal, diri insan akan melangkah ke alam hakiki menuju rahmat dan sentiasa di bawah naungan ilahi. Perkenalan akan melahirkan rasa cinta. Cinta pada Pencipta yang kekal abadi mendorong insan berwaspada setiap masa. Segala perlakuan hanya untuk Allah yang Maha Esa. Diri disinari akhlak mulia, resah dan gundah gulana diadukan padaNya. Segala keperitan dan kepayahan diterima, kerana itulah tanda redha pada Yang Maha Berkuasa. Semua hanya untukNya hingga tiada lagi rasa sengsara melainkan dipenuhi cinta yang sempurna. Keindahan dunia hilang dan fana pada mata yang dapat menyingkap hakikat hamba. Kesucian iman tetap terpelihara untuk dihadiahkan kepadaNya apabila sampai ketika. Semoga buku ringkas ini dapat meleraikan kemusykilan yang bermain di minda setiap Muslim sejati dan menjadi panduan untuk mengenal Allah dengan segala sifat keagunganNya, insya Allah. |
||
Ulasan Pelanggan:Tiada ulasan untuk produk ini.Sila log masuk untuk tulis ulasan. |
||