Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Rezeki bermodalkan IbadahKeluarga Yang Beruntung

Allah Sayang Kamu
Besarkan Imej


Allah Sayang Kamu

Harga: RM10.00


Tajuk: Allah Sayang Kamu
Penyusun: Dr. Abdul Muhdi Abdul Hadi & Hamd bin Abdillah Ad-Dausari

Kod: DN 048
ISBN: 983.046.473.3
Kandungan: 441 m.s.

SETIAP insan seharusnya bersyukur kepada Allah atas segala nikmat dan ujian. Diantara tanda kecintaan Allah SWT terhadap hambaNya adalah apabila seorang hamba itu diuji dengan sakit. Sesungguhnya Allah memberi kemuliaan, mengangkat darjat dan menambah kebaikan pada hambaNya ketika sakit.

Ironinya, orang yang sakit itu akan ingat kepada Penciptanya dan bersyukur akan nikmat pemberianNya. Para Nabi dan Rasul juga pernah diuji dengan berbagai bentuk ujian dan cubaan dari sakit hinggalah kekurangan harta benda demi memantapkan dakwah Ilahi kepada umat mereka.

Allah Sayang Kamu, adalah kompilasi dua penulis yang merungkai rahsia disebalik sihat dan sakit. Kata-kata nasihat penuh bermakna yang terkandung di dalam buku ini sesuai dijadikan penawar kepada yang sakit dan peringatan kepada yang sihat, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Popular

Wadah Harian

Sesungguhnya Allah S.W.T. menjadikan dunia itu tiga bahagian; sebahagian bagi orang mukmin, sebahagian bagi orang munafik dan sebahagian bagi orang kafir. Maka orang mukmin menyiapkan perbekalan. Orang munafik, mengambilnya menjadi hiasan, dan orang kafir pula mengambilnya untuk bersenang-senang.

* Petikan: Imam Ghazali DN 082 1001 Mutiara Hikmah & Kata Nasihat

 
Anda Di Sini Kategori Buku Tasauf & Psikologi