Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Doa's For ChildrenKhasiat Kurma

20 Fakta mengenai Lelaki
Besarkan Imej


20 Fakta mengenai Lelaki

Harga: RM5.00


Tajuk: 20 Fakta Mengenai Lelaki - Tips Mengenal & Memahami Pasangan Hidup
Penulis: Mohd Subhan MA
Kod: DN 461
ISBN: 983-046-398-2
Kandungan: 120 m.s.

Lelaki adalah insan pertama yang dicipta Allah SWT untuk menikmati keindahan syurga. Mereka ditemani wanita yang menjadi keturunan Hawa, semasa di syurga mahupun ketika dicampak ke dunia, menjalani kehidupan bersama-sama, mengharungi segala ujian dan dugaan sebagai bekalan sampai saat nyawa diambil Tuhan.

Terdapat banyak perkara dalam diri insan yang bernama lelaki yang perlu dipelajari, dihalusi serta dikaji, agar keluarga, masyarakat dan negara terhindar dari malapetaka kerana pada bahu merekalah segala impian dan harapan disandarkan. Kekuatan mereka menjadi kebanggaan, kelemahan pula menjadi kemusnahan. Pada diri mereka tergantung bebanan, menjadi ketua, pembimbing dan khalifah menyeru manusia ke arah kebaikan dan keredhaan Tuhan.

Semoga buku ini dapat memberi manfaat serta panduan untuk memahami serta mengenali insan yang bernama lelaki, seterusnya memupuk semangat juang mereka agar berjaya di dunia dan di akhirat, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Anda Di Sini Perkahwinan 20 Fakta mengenai Lelaki