Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

...kepada Mereka Dijanjikan Syurga313 Zikir & Doa Pelajar

30 Cetusan Jiwa - Imam Muslim - Umat Akhir Zaman
Besarkan Imej


30 Cetusan Jiwa - Imam Muslim - Umat Akhir Zaman

Harga: RM10.00


Tajuk: 30 Cetusan Jiwa - Imam Muslim - Umat Akhir Zaman
Pengarang: Abdul Rahman Abd Majeed
Kod: DN 531
ISBN: 983-046-469-5
Kandungan: 240 m.s.

* 1 naskah: 0.35kg
* 10 naskah: 3.5kg

IMAM MUSLIM adalah pengumpul hadith yang tersohor selepas Imam Bukhari. Beliau dikenali juga dengan "Amirul Mukminin fil Hadith Ke II”. Beliau belajar hadith sejak kecil seperti Imam Bukhari dan mendengar dari guru-guru Bukhari dan ulama-ulama terkemuka lainnya. Jika Imam Bukhari ulama terkemuka di bidang hadith sahih, berpengetahuan luas dalam selok belok hadith serta tajam kritikannya maka Imam Muslim adalah orang kedua setelah Imam Bukhari baik dalam ilmu dan pengetahuan mahupun di dalam keutamaan dan kedudukan.

Golongan ahli Hadith adalah mereka yang paling tinggi kepercayaannya dalam meyakini manhaj Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Mereka berpegang teguh kepadanya. Mereka adalah orang-orang yang tetap di atas perkara yang asas dalam agama dan ajarannya sesuai dengan apa yang diturunkan oleh Allah kepada RasulNya. Ahli Hadith adalah kelompok yang menjunjung tinggi dan mengagungkan nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah sesuai dengan kedudukkannya. Mereka mendahulukan Al-Quran dan As-Sunnah di atas seluruh perkataan manusia.

30 Cetusan Jiwa Imam Muslim menjadi panduan kepada kita umat Islam akhir zaman bagi memurnikan usaha menyingkap kebenaran menuju satu matlamat, redha atas segala kejadian dan ketetapanNya, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Popular

Wadah Harian

Kamu tidak akan masuk syurga, kecuali kalau kamu beriman, dan tidaklah beriman kalau kamu belum saling berkasih sayang. Mahukah kamu, aku tunjukkan sesuatu yang bila kamu kerjakan, kamu akan berkasih sayang antara satu sama lain? Tebarkanlah salam di antaramu.

* Petikan: Imam Ghazali DN 082 1001 Mutiara Hikmah & Kata Nasihat

 
Anda Di Sini Kategori Buku Motivasi & Bimbingan Pendidikan & Tamadun 30 Cetusan Jiwa - Imam Muslim - Umat Akhir Zaman