Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

Buku Agama Islam Terbitan DARUL NU'MAN Islamic Books Publisher

Himpunan Buku-Buku Tentang Rasulullah SAW

E-mail Cetak PDF
dn048  dn078  dn322  dn351

dn406  dn476  dn491  dn526

Firman Allah SWT didalam Al-Quran yang bermaksud:
"Barangsiapa yang mentaati Rasul (Muhammad), maka ia telah mentaati Allah.
Dan sesiapa yang menyeleweng, maka Engkau tidak Kami utuskan untuk mengawal mereka.
"
(Surah an-Nisa': 80)

logobwh

40 Kapsul Terapi Hati

534-145x

HATI, terlindung di sebalik rongga dada. Pengaruhnya menyebar ke setiap anggota badan, merangkumi segala sifat dari kebaikan mahupun kejahatan. Boleh dilentur menjadi selembut sutera atau mengerikil laksana batu yang berakhir dengan kebinasaan dan kesengsaraan selamanya.

Demi menjaga hati, Pencipta Yang Maha Esa menggariskan panduan yang terzahir dari lisan insan mulia agar manusia tidak sesat dalam kegelapan. Hati masih lagi mampu dididik selagi nyawa masih tersisa. Akan terbuka ruang taubat dan kemaafan selagi manusia masih lagi ingin meraih kasih sayang dan keredhaan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

40 Kapsul Terapi Hati, berupaya melahirkan ketaatan dan keredhaan agar mendapat barakah serta rahmat dari Pemilik Seluruh Alam, insya Allah.

Syamaa'il Muhammad SAW

Syamail145

Keperibadiannya yang luhur mengalirkan sumber mata air yang tidak akan kering, menyejukkan jiwa yang dahagakan keimanan, memancarkan kejernihan budi dan sumber petunjuk yang mulia. Sejarah umat manusia belum pernah menyaksikan seseorang yang mencapai darjat kesempurnaan sepertinya dalam menghulur sumbangan menakjubkan bagi keselamatan umat manusia sejagat. Jikalau langit dan bumi ini digulung pun, kejernihan sumber mata air kerasulan tetap akan dinikmati setiap insan yang beriman.

Nabi Muhammad SAW insan teladan sepanjang zaman. Di dalam dirinya tersimpan khazanah kemuliaan yang memberi rahmat dan keberkatan seluruh alam. Perjuangan dan pengorbanannya dalam menegak risalah kebenaran sentiasa menghadapi rintangan dari kemusyrikan, namun nur keimanan yang memancar dari kerasulannya memamah seluruh kejahilan dan kesombongan. Prasasti keimanan tertanam teguh dalam sanubari dan terukir indah dalam memori umatnya.

Pembaharuan Salahuddin Al-Ayyubi

slhudin120x

Salahuddin Al-Ayyubi tokoh dan insan pejuang bagaikan pelita yang menerangi kegelapan. Keharuman namanya menghiasi setiap bibir umat bahkan di bibir musuh-musuh Islam. Malamnya dihiasi dengan munajat, manakala siangnya bagaikan singa di medan perjuangan. Kejayaannya merampas kembali Baitul Maqdis dari tentera salib terpahat dalam sejarah sebagai lambang kejayaan menundukkan musuh yang kejam.

Salahuddin merupakan tokoh reformasi yang mengajar kita betapa perjuangan dilakukan atas nama etnik sekali-kali tidak membuahkan hasil. Sebaliknya perjuangan atas nama Islam sahaja yang akan memperolehi kejayaan yang gemilang. Pembaharuan pemikiran dan perjuangan yang digerakkannya merupakan sumber inspirasi bagi umat Islam dalam membina jatidiri demi mencapai kemenangan.

Semoga buku ini memberi nafas perjuangan terhadap diri dan semangat umat Islam dalam menegakkan kebenaran dan keadilan, insya Allah.

Evolusi terkini Salahuddin Al Ayyubi, diterbitkan semula atas permintaan pencinta buku-buku sejarah Islam dengan hanya RM10, dapatkannya sekarang. Sila lihat contoh petikan daripada buku tersebut.

30 Cetusan 3 Imam

30 CETUSAN
Kalbu Imam Bukhari • Jiwa Imam Muslim • Minda Imam Al Ghazali

MAM BUKHARI adalah tokoh ulama penghimpun dan penyusun hadith yang paling terkemuka dan masyhur. Semenjak kecil lagi, nilai intelek Imam Bukhari telah terserlah. Beliau amat warak dan mempunyai daya ingatan yang luar biasa. Ketika umurnya belasan tahun, beliau sudah menghafal 70,000 hadith Rasulullah SAW.

Imam Bukhari digelar “Amirul Mukminin fil Hadith”, suatu gelaran ahli hadith tertinggi. Sepanjang pengembaraannya, beliau hanya mempunyai satu matlamat iaitu mengumpulkan seberapa banyak ilmu yang mungkin boleh dikumpul untuk membolehkannya membuat pengumpulan yang terbesar hadith Nabi SAW. Sumbangan besar Imam Bukhari terhadap sains pengumpulan hadith tidak dapat ditandingi. Beliau membuat penyelidikan rapi selama 16 tahun dan meneliti 600,000 buah hadith sebelum memilih 7,525 buah hadith yang takrif kesahihan yang beliau tetapkan.

30 Cetusan Kalbu Imam Bukhari nukilan karya agung dan wasiat beliau yang termasyhur dalam membentuk insan cemerlang umat Islam akhir zaman , insya Allah.

Baca selanjutnya...

Muka 1 daripada 2

Wadah Harian

Sesungguhnya Allah S.W.T. menjadikan dunia itu tiga bahagian; sebahagian bagi orang mukmin, sebahagian bagi orang munafik dan sebahagian bagi orang kafir. Maka orang mukmin menyiapkan perbekalan. Orang munafik, mengambilnya menjadi hiasan, dan orang kafir pula mengambilnya untuk bersenang-senang.

* Petikan: Imam Ghazali DN 082 1001 Mutiara Hikmah & Kata Nasihat

 
Anda Di Sini Laman Utama