Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

30 Cetusan 3 Imam

30 CETUSAN
Kalbu Imam Bukhari • Jiwa Imam Muslim • Minda Imam Al Ghazali

MAM BUKHARI adalah tokoh ulama penghimpun dan penyusun hadith yang paling terkemuka dan masyhur. Semenjak kecil lagi, nilai intelek Imam Bukhari telah terserlah. Beliau amat warak dan mempunyai daya ingatan yang luar biasa. Ketika umurnya belasan tahun, beliau sudah menghafal 70,000 hadith Rasulullah SAW.

Imam Bukhari digelar “Amirul Mukminin fil Hadith”, suatu gelaran ahli hadith tertinggi. Sepanjang pengembaraannya, beliau hanya mempunyai satu matlamat iaitu mengumpulkan seberapa banyak ilmu yang mungkin boleh dikumpul untuk membolehkannya membuat pengumpulan yang terbesar hadith Nabi SAW. Sumbangan besar Imam Bukhari terhadap sains pengumpulan hadith tidak dapat ditandingi. Beliau membuat penyelidikan rapi selama 16 tahun dan meneliti 600,000 buah hadith sebelum memilih 7,525 buah hadith yang takrif kesahihan yang beliau tetapkan.

30 Cetusan Kalbu Imam Bukhari nukilan karya agung dan wasiat beliau yang termasyhur dalam membentuk insan cemerlang umat Islam akhir zaman , insya Allah.

MAM MUSLIM adalah pengumpul hadith yang tersohor selepas Imam Bukhari. Beliau dikenali juga dengan "Amirul Mukminin fil Hadith Ke II”. Beliau belajar hadith sejak kecil seperti Imam Bukhari dan mendengar dari guru-guru Bukhari dan ulama-ulama terkemuka lainnya. Jika Imam Bukhari ulama terkemuka di bidang hadith sahih, berpengetahuan luas dalam selok belok hadith serta tajam kritikannya maka Imam Muslim adalah orang kedua setelah Imam Bukhari baik dalam ilmu dan pengetahuan mahupun di dalam keutamaan dan kedudukan.

Golongan ahli Hadith adalah mereka yang paling tinggi kepercayaannya dalam meyakini manhaj Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Mereka berpegang teguh kepadanya. Mereka adalah orang-orang yang tetap di atas perkara yang asas dalam agama dan ajarannya sesuai dengan apa yang diturunkan oleh Allah kepada RasulNya. Ahli Hadith adalah kelompok yang menjunjung tinggi dan mengagungkan nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah sesuai dengan kedudukkannya. Mereka mendahulukan Al-Quran dan As-Sunnah di atas seluruh perkataan manusia.

30 Cetusan Jiwa Imam Muslim menjadi panduan kepada kita umat Islam akhir zaman bagi memurnikan usaha menyingkap kebenaran menuju satu matlamat, redha atas segala kejadian dan ketetapanNya, insya Allah.

 

MAM AL GHAZALI atau nama sebenarnya ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ta'us Ahmad al-Tusi al-Shafi 'i mempunyai daya ingat yang kuat dan bijak berhujah. Sehingga beliau digelar 'Hujjatul Islam' kerana kemampuannya tersebut. Beliau telah menghafal Al-Quran dan ribuan hadith pada usianya 6 tahun. Imam Al Ghazali juga sanggup berkorban segala kemewahan dunia serta mengembara dan bermusafir demi cintanya pada ilmu pengetahuan.

Ketokohan Imam Al Ghazali tiada taranya sama ada pada zaman itu mahupun sesudahnya. Imam Al Ghazali juga terkenal sebagai ahli falsafah Islam yang telah mengharumkan nama ulama di benua Eropah melalui hasil karyanya yang sangat bermutu. Ilmu pengetahuan beliau berkenaan dengan fiqh, usuluddin dan falsafah dikagumi sehingga beliau dilantik sebagai professor Usul al-Din pada umurnya 34 tahun. Beliau banyak merungkai kecelaruan dan masalah yang membelenggu umat, mematahkan propaganda falsafah dan ideologi songsang Barat yang mencemuh serta cuba mencetuskan huru-hara. Karya dan pemikirannya menjadi rujukan agung sehingga umat masa kini.

30 Cetusan Minda Imam Al Ghazali wasiat beliau untuk dijadikan panduan dalam membantu menghadapi segala rintangan dan cabaran hidup umat Islam masa kini, insya Allah.

Anda Di Sini Laman Utama