Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

profil
Bismillahirrahmanirrahim

arul Nu'man ditubuhkan pada tahun 1991, hasil dari cetusan rasa yang murni untuk menyumbang khidmat dan penyalur inspirasi ummah melalui penerbitan buku-buku agama. Sebagai sebuah syarikat yang bergerak dalam bidang penerbitan, Darul Nu'man berusaha untuk memberikan bahan bacaan yang bermutu sesuai dengan tuntutan dan kehendak Islam. Kepelbagaian keinginan dan kehendak masyarakat serta tingkat pemikiran yang berbeza menjadikan Darul Nu'man lebih matang dalam memahami citarasa para pembaca.

 

arul Nu'man bertujuan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan mesej keislaman melalui buku-buku yang disusun secara menarik dan mudah difahami serta mempunyai kualiti yang tinggi. Dalam menghadapi abad yang penuh cabaran ini, Darul Nu'man lebih peka dalam memotivasi masyarakat Islam agar lebih berminat untuk memiliki dan membaca buku-buku agama. Sesuai dengan motto Darul Nu'man sebagai "Penyalur Inspirasi Ummah", maka Darul Nu'man lebih mementingkan keinginan umat Islam sejagat.

 

arul Nu'man diasaskan oleh Hj. Mohd. Anaam bin Hj. Mohd. Abd. Ghani pada tahun 1991 dibawah naungan Hj. Erfan Ghani bin Hj. Mohd. Abd. Ghani yang beralamat di 15A, Tingkat Satu, Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 50100 Kuala Lumpur, W. P. Malaysia. Berbekalkan semangat padu dan keyakinan memajukan syarikat, maka beliau menguatkan lagi jentera pengurusan dan penulis berkebolehan serta berpengalaman dalam usaha memasuki  pasaran yang lebih luas.

 

arul Nu'man mula dikenali ramai sebagai penerbit yang berupaya memberikan persembahan terbaik untuk semua pelanggannya. 20 tahun telah berlalu. Alhamdulillah, Darul Nu'man kini telah berjaya mencipta nama dalam bidang penerbitan terutama di Malaysia, Sabah dan Sarawak, Brunei, Indonesia dan Singapura.

 

arul Nu'man memotivasikan umat Islam tempatan dan luar negara untuk menggunakan hasil karya kami yang menjanjikan kualiti yang lebih sempurna, penuh dengan mesej, serta banyak mengandungi pedoman untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

Wadah Harian

Sesungguhnya Allah S.W.T. menjadikan dunia itu tiga bahagian; sebahagian bagi orang mukmin, sebahagian bagi orang munafik dan sebahagian bagi orang kafir. Maka orang mukmin menyiapkan perbekalan. Orang munafik, mengambilnya menjadi hiasan, dan orang kafir pula mengambilnya untuk bersenang-senang.

* Petikan: Imam Ghazali DN 082 1001 Mutiara Hikmah & Kata Nasihat

 
Anda Di Sini Laman Utama