Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

Khasiat Kurma

Khasiat Kurma

Allah SWT telah memilih buah kurma segar untuk Maryam ketika beliau hendak melahirkan anaknya...

Terapi dengan Air Zamzam

Terapi dengan Air Zamzam

Mungkinkah kanser, batu karang dan penyakit-penyakit lainnya dapat diubati dengan air Zamzam? “Air Zamzam adalah ubat berbagai penyakit dan makanan istimewa.” Ibnu Majah

Keluarga Yang Beruntung

Keluarga Yang Beruntung

KELUARGA merupakan teras institusi pendidikan anak-anak. Fasa perancangan dan tahap pelaksanaan yang baik mencipta nuansa keluarga yang harmoni...

Frontpage Slideshow | Copyright © 2006-2011 JoomlaWorks, a business unit of Nuevvo Webware Ltd.

Syamaa'il Muhammad SAW

Syamail145

Keperibadiannya yang luhur mengalirkan sumber mata air yang tidak akan kering, menyejukkan jiwa yang dahagakan keimanan, memancarkan kejernihan budi dan sumber petunjuk yang mulia. Sejarah umat manusia belum pernah menyaksikan seseorang yang mencapai darjat kesempurnaan sepertinya dalam menghulur sumbangan menakjubkan bagi keselamatan umat manusia sejagat. Jikalau langit dan bumi ini digulung pun, kejernihan sumber mata air kerasulan tetap akan dinikmati setiap insan yang beriman.

Nabi Muhammad SAW insan teladan sepanjang zaman. Di dalam dirinya tersimpan khazanah kemuliaan yang memberi rahmat dan keberkatan seluruh alam. Perjuangan dan pengorbanannya dalam menegak risalah kebenaran sentiasa menghadapi rintangan dari kemusyrikan, namun nur keimanan yang memancar dari kerasulannya memamah seluruh kejahilan dan kesombongan. Prasasti keimanan tertanam teguh dalam sanubari dan terukir indah dalam memori umatnya.

Popular

Wadah Harian

Kamu tidak akan masuk syurga, kecuali kalau kamu beriman, dan tidaklah beriman kalau kamu belum saling berkasih sayang. Mahukah kamu, aku tunjukkan sesuatu yang bila kamu kerjakan, kamu akan berkasih sayang antara satu sama lain? Tebarkanlah salam di antaramu.

* Petikan: Imam Ghazali DN 082 1001 Mutiara Hikmah & Kata Nasihat

 
Anda Di Sini Laman Utama