 | Pengirim |
|
tajuk: sempurnakan solat saya? |
nurdinna
Ahli Baru Forum Perbincangan Darul Nu'man
Kiriman: 2
|
 |
sempurnakan solat saya? |
Tarikh Kiriman: 10/18/02 Masa: 00:12:59 |
Assalamualaikum, Team members, saya perlukan pandangan anda semua untuk membantu saya menyelesaikan kekeliruan saya sekarang ini. Saya sedang sarat berbadan dua dan saya rasa sudah sampai ketikanya saya sudah tidak terdaya untuk melakukan solat secara normal (berdiri). Saya juga tidak boleh duduk terlalu lama dalam keadaan duduk di antara dua sujud memandangkan kaki saya sudah membengkak dan amat menyakitkan jika saya duduk dalam keadaan antara dua sujud dalam keadaan terlalu lama. Lalu saya merujuk kepada suami saya, dan suami saya mencadangkan agar saya solat dalam keadaan berlunjur. Semasa di kampung, saya selalu melihat nenek saya yang sudah uzur dan mengalami masalah sakit lutut, sembahyang di atas kerusi kecil dan bagi saya cara tersebut lebih mudah untuk keadaan saya pada masa ini. Walau bagaimanapun, ada yang berpendapat tidak boleh melakukan solat dalam keadaan duduk di atas kerusi. Saya juga sering terhoyong hayang semasa bangun dari sesudah sujud untuk berdiri dan ada masanya dengan tidak sengaja saya terpegang dinding atau kerusi di sebelah saya untuk mengelakkan dari terjatuh ketika bangun dari sujud. Bagaimana pula dengan solat saya. Adakah ianya sah atau sebaliknya. Saya mohon penjelasan dari yang arif tentang masalah ini. Terima kasih.
-----------------
 Logged
|
|
rosli
Ahli Lama Forum Perbincangan Darul Nu'man
  
Kiriman: 317
|
 |
Re: sempurnakan solat saya? |
Tarikh Kiriman: 10/18/02 Masa: 06:07:58 |
A’kom wrth Alhamdullilah dengan izin Allah hari ini saya diberi sedikit kelapangan.Saya merasai ‘ amat penting’ untuk menjawab masalah anda seberapa segera. Oleh kerana jawapan saya tidak mempubyai gambar rajah sekadar penerangan saya harap anda benar-benar dapat faham Cara mengerjakan solat bagi orang yang bermasalah saperti anda. Anda mengatakan anda bolah berdiri dan mengalamai kesukaran ketika bangun dari sujud.Oleh kerana anda boleh berdiri anda tidak boleh solat duduk dikerusi 100%. Kaedah saperti dibawah (harap anda faham) 1.Sediakan kerusi dibelakang (ketika berdiri tabiratul ihram) 2.Rukuk dan Iktidal –saperti biasa (jika ia tiada masaalah bagi anda) Jika ada masaalah 2A. Rukuk –) duduk dikerusi dulu.Kedua tangan letak dilutut.Bongkok sedikit badan –saperti anda rukuk. 3.iktidal –duduk tegak (tangan masih dilutut) 4 sujud – bongkok sedikit badan .Jika boleh lebihkan bongkoknya dari per.2A 5 duduk antara dua sujud sapert per.3 6.sujud kedua –ulang per.4 7. Bangun dari kerusi dan berdiri untuk rakaat kedua 8 dan ulang pergerakan saperti raka’at pertama. 9.Untuk duduk tahyat awal dan akhir- duduk dikerusi Tentang masalah solat anda sebelumnya,insya’Allah tiada masalah jika ia tidak bergerak tiga x berturut-turut. Kesimpulan-nya .anda hendaklah menggunakan dua kaedah .Berdiri ketika tabiratul ihram atau iktidal (jika berkemampuan) Dan duduk dikerusi untuk rukuk dan iktidal (jika tidak berkemampuan).Juga duduk dikerusi untuk sujud,duduk antara dua sujud dan duduk tahyat awal dan akhir. Wallahuallam
-----------------
 Logged
|
|
rosli
Ahli Lama Forum Perbincangan Darul Nu'man
  
Kiriman: 317
|
 |
Re: sempurnakan solat saya? |
Tarikh Kiriman: 10/18/02 Masa: 08:08:52 |
A’kom wrkth Terdapat kesilapan dalam penerangan berhubung dengan per.2A dan 3.Ia sepatutnya diterangkan saperti berikut “kedua tangan diletakan diatas paha.Ketika bergerak membongkok untuk rukuk atau sujud, kedua tangan ( tapak tangan) tadi turut bergerak menuju dan berhenti dilutut”"bila duduk tegak semula kedudukan kedua tangan berada semula diatas peha" Saya mohon maaf. Penerangan awal tadi ditaip secara tergesa-gesa kerana saya mahu menjalankan urusan lain.Saya juga mohon maaf kepada KaK Minah kerana tidak dapat menjawab e-mail anda. Saya rasa agak sedih kerana tidak dapat begitu aktif di.Numan saperti dulu kerana kesibukan tugas juga kelemahan dalam menaip.Untuk kak Minah saya hanya dapat membuka.membaca dan kadangkala ‘print’ e-mail tersebut.Untuk menulisnya kembali saya kira ,masa tidak dipihak saya.buat masa ini saya benar-benar kurang berkemampuan. Saya benar-benar mohon maaf kepada semua. Akhir sekali ‘Selamat Menyambut Bulan Ramadhan ‘kepada semua warga darul numan. Wassallam
-----------------
 Logged
|
|