![]() |
Forum Perbincangan Darul Nu'man Tarikh: 09/03/10 Masa: 17:22:38 |
|
|
| Forum Perbincangan Darul Nu'man: Agama: Muzik Dalam Nasyid |
|
tajuk: Muzik Dalam Nasyid | |||
|
Ad Ahli Baru Forum Perbincangan Darul Nu'man Kiriman: 24 |
Assalamualaikum Seperti sedia maklum, muzik itu adalah haram bila ia mengasyikkan dan melalaikan kita dari mengingati Allah. Namun begitu ada alat-alat muzik yang dibenarkan adalah seperti yang dinyatakan di dalam hadis Nabi tetapi bukanlah alat muzik seperti sekarang yang begitu moden. Saya tak berapa ingat apakah jenis-jenis alat muzik tersebut. Bagaimana pula dengan nasyid-nasyid sekarang yang kebanyakan menggunakan alat-alat muzik moden. Ia bertujuan untuk menarik minat pendengar muzik sekarang ke arah nasyid. Maksudnya sebagai medium untuk menarik minat pendengar untuk berdakwah melalui lagu. Sekiranya dilarang, bagaimana pula dengan pendengar yang tertarik dengan lagu/lirik sesebuah nasyid itu tetapi mengandungi muzik-muzik moden? Adakah dilarang mendengar nasyid tersebut sedangkan ia dapat memberikan kesan dakwah kepada pendengar? Sekadar kemusykilan umum. ----------------- Logged |
|||
|
||||
|
Ad Ahli Baru Forum Perbincangan Darul Nu'man Kiriman: 24 |
Assalamualaikum Harap ahli forum dapat bincangkan tajuk ini. Sekian. ----------------- Logged |
|||
|
||||
|
Ahmad Khairi Ahli Lama Forum Perbincangan Darul Nu'man Kiriman: 274 |
Assalamualaikum.. Pada pendapat saya, Walaupun kita mendapati di dalam kitab-kitab fikah ada menentukan alat begitu dibolehkan dan begini diharamkan. Contohnya, gendang yang tertutup sebelah itu dibolehkan dan tertutup kedua-dua itu tidak dibolehkan. Dan banyak lagi. Saya berpendapat apa yang penting adalah sejauh mana benda itu melalaikan kita dari membuat sesuatu ibadah. kalau benda itu melalaikan, sesungguhnya barulah haram. Tapi saya pun sedikit sebanyak tidak beberapa puas hati dengan nasyid zaman kini yang mana pelbagai lirik˛ yang bukannya mengumandangkan nama Allah , lirik˛ yang boleh melalaikan dan membuat kita menjadi lagha khususnya remaja dalam era percintaan. Penggunaan alat muzik saya rasa tiadalah salahnya. Tapi kalau nasyid yang betul-betul liriknya berbentuk zikrullah amatlah baik sekali. Sahabat-sahabat nabi juga pernah bersyair yang berbentuk nasihat dan perkara yang boleh membuat kita menjadi insaf dan mendekatkan diri kepada Allah. Walaumacamanapun janganlah terlalu lebih˛. Cara yang paling terbaik ialah melakukan ibadah˛ yang telah disyariatkan oleh Rasulullah dan agama islam mengaji al-quran , berzikir, sembahyang sunat dan banyak lagi perkara yang menjadi sunnah kehidupan Rasulullah SAW. Sebab kita mesti yakin dalam diri kita bahawa cara ibadat dan perlakuan Rasulullahlah yang paling terbaik yang boleh membawa kita ke syurga yang begitu indah bersama-sama Rasulullah dan sahabat. Huh! Alangkah indahnya.Wassalam ----------------- DUNIA DICIPTAKAN BAGI MANUSIA MANUSIA DICIPTAKAN BAGI MENUJU AKHIRAT Logged |
|||
|
||||
|
hafizullikulzamin Ahli Baru Forum Perbincangan Darul Nu'man Kiriman: 29 |
Assalamualaikum...Memang benar apa yang dikatakan saudara.Muzik kalau disalah gunakan menjadi haram.Tetapi saya ingin bertanya disini adakah nasyid kini lebih melalaikan.Pada saya ia tidaklah melalaikan dan melaghakan.Pada saya perubahan pada irama nasyid kini lebih sesuai dengan hidup remaja sekarang.Kalau pasal lagu cinta tuh macam kump. inteam, unic,dll...taklah melalaikan sebab mereka ade selitkan dakwah dalam bercinta.Lainlah kalau kita dengar lagu2 bab cinta selain dari kump.nasyid yang boleh menyebabkan kita lalai.Dengan liriknya entah apa ntah.Saya bukan nak tolak pendapat saudara tentang nasyid yang hanya memuji Allah.Tetapi oleh kerana mereka ingin mencari rezki yang halal.Sebab itulah irama nasyid tak bertumpu hanya memuji Allah.Tapi dalam bentuk nasihat yang tersirat dan tersurat.Ia terpulang pada individu samada ingin menjadikan irama nasyid tuh sebagai panduan atau akasnya.Allah tidak akan mengubah nasib seseorang atau kaum itu melainkan dia yang mengubah nasib mereka atau sendiri. ----------------- apizz Logged |
|||
|
||||
|
Ad Ahli Baru Forum Perbincangan Darul Nu'man Kiriman: 24 |
Assalamualaikum Saya bersetuju dengan penjelasan saudara Hafiz mengenai nasyid percintaan seperti yang dinyanyikan oleh kumpulan In-Team dan UNIC. Tujuan lagu-lagu mereka dicipta adalah untuk menyedarkan para remaja sekarang kepada percintaan yang sebenar dalam islam. Untuk mengajak kepada kebaikan daripada maksiat. Tentu sekali nasyid sedemikian tidak melalaikan atau melarakan. Buktinya kita boleh lihat dari kemusykilan yang bertajuk 'Cinta Selepas Bertunang' kiriman saudara Aswad. Dalam kisah cintanya, terselit lagu-lagu dari kumpulan nasyid tersebut. Berbekalkan keimanan yang ada, lagu-lagu tersebut menjadi pendorong baginya. Dari situ jelas sekali kesan dakwah yang dibawa melalui lagu-lagu nasyid tersebut. Maka bagi saya nasyid sedemikian tidak ada masalah. Apa yang saya musykilkan adalah mengenai alat-alat muzik yang digunakan dalam nasyid sekarang. Sekian. ----------------- Logged |
|||
|
||||
|
Ahmad Khairi Ahli Lama Forum Perbincangan Darul Nu'man Kiriman: 274 |
Assalamualaikum, Sebenarnya saya tidak menyekat terus lagu nasyid seperti itu tapi saya cuma tidak galakkan remaja. Kerana perkara ini perlu melihat tahap˛ iman seseorang. Apabila saya terlalu menyokong, org akan nampak memang nasyid itu terlalu bagus mereka tidak akan nampak bahawa ada beberapa perkara yang mana boleh membuatkan kita tertinggal ibadat˛ yang menjadi sunnah kehidupan Rasulullah. Memang benar kata saudara semua, saya setuju dengan pendapat saudara. Daripada remaja terus lalai dengan lagu yang terang˛ maksiat baik dengar lagu yang bercorak nasyid. TAPI bagi orang yang beriman, yang jaga amal ibadat bukan org tua sahaja malah remaja yang beriman. Mereka perlu menjaga kehidupan seharian mereka. Kerana ingatlah hadis Rasulullah " Akan datang di akhir zaman umatku nanti yang sukakan nyanyi˛an" wallahualam. ----------------- DUNIA DICIPTAKAN BAGI MANUSIA MANUSIA DICIPTAKAN BAGI MENUJU AKHIRAT Logged |
|||
|
||||
|
Abu Musa Al-Muari Ahli Lama Forum Perbincangan Darul Nu'man Kiriman: 1085 |
Assalaamu'alaikum; Di bawah ni saya bawakan sedikit apa yang telah ahli forum bincangkan dulu2 lagi...sila klik untuk menambah pengatahuan: http://www.darulnuman.com/cgi-bin/forum/YaBB.pl?board=2&action=display&num=636 http://darulnuman.com/soal/urut27.html#263 http://www.darulnuman.com/cgi-bin/forum/YaBB.pl?board=2&action=display&num=357 Wallahu a'lam bissowaab ----------------- ingin mengetahui cara menghafaz al-quran? Layarilah: http://www.amir.com.my Logged |
|||
|
||||
|
Abu Musa Al-Muari Ahli Lama Forum Perbincangan Darul Nu'man Kiriman: 1085 |
Assalaamu 'alaa manit taba'al hudaa; Umat Islam ikut apa yang Nabi Muhammad saw buat ialah kerana beliau seorang yang hebat dan sangat hebat yangmana dengan sunnah2nya sahaj umat ini akan terselamat dari azab Allh swt dan masuk ke syurgaNya...selepas Nabi Muhammad saw di utus tidak ada cara lain yang diterima oleh Allh swt. Adapun Nabi Muhammd saw berkahwin banyak tetapi ummatnya tidak begitu kerana sudah ada landasan yang diterangkan olehnya untuk umatnya...diri beliau berkahwin banyak kerana banyak sebab dan hikmah yang diketahu i ramai penganut agama Islam. Yakinlah wahai saudaraku Zainudin bahwa kejayaan manusia hanya melalui cara yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad saw yang telah diperakui sendiri oleh Nabi Isa as dalam Injil dan ucapan2 beliau. Kalau anda seorang yang betul2 beragama kristian marilah kita berbincang cara baik kerana agama kristian tidak mengajar penganutnya bercakap kasar...saya bersedia untuk berbincang dengan anda untuk mencari kebenaran...yakinlah saya ingin berbincang dengan anda secara baik bukan dengan emosi tapi dengan beberapa syarat: 1- Anda bawa ajaran kristian yang betul dari kitab2nya bukan dari akal fikiran anda 2- Berbincang secara ilmiyah dan beradab bukan dengan nafsu dan emosi. 3- Niat untuk mencari kebenaran bukan mencari kemenangan Saya harap niat yang baik mendatangkan hasil yang baik Wallahu a'lam bissowaab ----------------- ingin mengetahui cara menghafaz al-quran? Layarilah: http://www.amir.com.my Logged |
|||
|
||||
|
lidyanna Ahli Baru Forum Perbincangan Darul Nu'man Kiriman: 9 |
assalamualaikum... saya sertuju dengan saudara al mauri...kalau betul2 zainuddin nak berdiskusi tentang islam...boleh tapi secara ilmiah...kalau nak berbicara tentang agama islam dan kristian...saudara zainuddin kena mantapkan dengan kitab2 yang sahih dari injil....berbincang tanpa ilmu dan bersoal tanpa ilmu....itu bukan profesional tapi melalut... ----------------- jadilah bintang Logged |
|||
|
||||
|
RZA Ahli Lama Forum Perbincangan Darul Nu'man Kiriman: 128 |
assalamualaikum wbt pada pendapat saya,nasyid dalam islam memang dibolehkan selagi tidak ada unsur-unsur maksiat di dalamnya.Contohnya peralatan muzik.Kalau peralatan muzik yang digunakan adalah seperti gitar,drum dan seumpamanya,memanglah nasyid tu tidak dibenarkan.Peralatan muzik itu sendiri sudah haram,kan?Tetapi sejak kebelakangan ni,kumpulan nasyid yang menggunakan semua peralatan ni sudah semakin bertambah..kecuali Raihan dan beberapa lagi kumnpulan nasyid yang lain.Itulah yang menyedihkan saya.Seolah-olah yang didengar tu bukan lagu bercorak nasyid tapi bercorak pop. Lagi satu,mesej yang hendak disampaikan kepada pendengar juga mestilah tidak keterlaluan dan berunsurkan pengajaran,nasihat,dan lain˛ yang baik. Kepada saudara Zainudin,anda beragama Kristian?maafkan saya kalau saya tersilap.Sebenarnya,saya dan rakan-rakan pernah berdakwah dan alhamdulillah kami telah berjaya mengislamkan beberapa orang yang ingin mencari kebenaran dalam beragama di tempat kami.Dan sekiranya saudara mempunyai apa-apa kemusykilan tentang kristian dan islam,saya akan cuba memberikan penjelasan yang terbaik ataupun saudara bolehlah bertanya kepada Ustaz Musa. wallahu a'lam ----------------- Laailahaillallah,Muhammadar Rasulullah! 'Di Mana Bumi Dipijak,Di Situ ISLAM Dijunjung!'
Logged |
|||
|
||||
|
fauziah Ahli Lama Forum Perbincangan Darul Nu'man Kiriman: 337 |
setahu saya nyanyian yang mengalakkan berjuang dijalan Allah dibenarkan..babnya dengan adanya nyanyian tu,maka angkatan tentera lebih bersemangat dalam memerangi musuh.... ----------------- NUR HIDAYAH.. CAHAYA ISLAMKU.. FAUZIAH Logged |
|||
|
||||
|
suara Ahli Baru Forum Perbincangan Darul Nu'man Kiriman: 10 |
banyak lagu nasyid, telah dipopkan (kontemporari katanya)......bolehkah diterima lagu seperti itu........macam sedap........tapi ntahlah.......nasyid yg bagaimana sebenarnya adalah nasyid...... ----------------- Logged |
|||
|
||||
|
adi Ahli Baru Forum Perbincangan Darul Nu'man Kiriman: 45 |
LALALALALALALALALLALALALALALALAL.............. ----------------- Logged |
|||
|
||||
|
ahmad Ahli Lama Forum Perbincangan Darul Nu'man Kiriman: 408 |
menyanyi tidak salah. yang menentukan dosa atau tak berdosa ialah benda yang dinyanyikan itu. jadi perhatikan kandungan nyanyian itu. ----------------- Logged |
|||
|
||||
|
syah-A Ahli Sepenuhnya Forum Perbincangan Darul Nu'man Kiriman: 53 |
Assalammualaikum semua..... tumpang lalu..... Menegenai muzik yang dibincang kan,saya ada pendapat yang nak diutarakan....insyaAllah boleh la difikirkan kebenarannya dan jika ternyata silap,cepat2 lah diperbetulkan agar tdak menambah kekeliruan.... Hari 'tu' saya bertanya kepada ustaz saya "ustaz,saya pernah terbaca hadis yang mengharamkan bunyi2an yang menggunakan tali dan alat muzik yang ditiup....tetapi hari ni rata2 kumpulan2 nasyid kita sendiri yang menggunakan alat2 muzik seperti itu untuk tujuan berdakwah.apa komen ustaz?" "memang ada hadis seperti itu.tetapi,sekarang fatwa nya telah berubah.hadis itu wujud kerana pada zaman nabi,jika ada sesiapa sahaja menggunakan alat2 muzik seprt yang disebutkan tadi,maka secra automatiknya akan mengingatkan penduduk pada zaman itu kepada majlis2 yang dilakukan oleh orang2 kafir pada masa itu(sory,tak taula plak majlis apa,lupa). tetapi,pada masa sekarang,perkara itu tidak lagi terjadi.jadi,alat2 muzik tadi boleh digunakn untuk tujuan berdakwah asalkan tidak terkeluar dari batas2 nya.(yang lain ,sama ngan yang saudara2 sebutkan)" tentang lagu2 nasyid berlirik cinta tu plak....pendapat saya,saya rasa tak salah asalkan dalam lagu tu turut diselitkan pujian2 kepada yang esa ataupun sesuatu yang menjurus kepada menyedarkan diri pendengar dan penyayi bahawa kita adalah hamba yang esa. memang kita tidak nafikan bahawa lagu nasyid adalah lagu2 pujian2 kepada Allah,kita terima.Tetapi,jika ada kumpulan2 nasyid yang membawa sebuah atau dua buah lagu bercorak cinta dalam sesebuah album mereka ini masih boleh diterima asalkan lirik lagu cinta tadi tidaklah seperti lirik lagu cinta yang dinyanyikan oleh artis2 bukan nasyid yang lain. ini kerana lagu2 cinta artis2 bukan nasyid lebih membawa kepada khayalan dan fantasi.lagu2 mrka berkisar tentang manisnya masa bercinta dan kekecewaan selepas berpisah. lain pula halnya dengan lirik2 lagu cinta artis nasyid.contohnya "sebelum diijabkabulkan,syariah tetap membataskan", "apakah cinta bersemi mendapat restu ilahi..." dan "hidup ini tidak akan sempurna,tanpa cinta dari tuhan yang esa"...kan jelas perbezaannya? jika kita sedar bahawa jiwa anak2 muda sekarang ini begitu tertarik kepada lagu2 cinta,maka kita juga harus sedar bahawa kita mesti mempunyai suatu medium agar2 anak2 muda dan remaja kita tidak terus tertrik dan cenderung kepada lagu2 cinta yang hanya menawarkan fantasy lebih dari realiti dan tidak membangunkan merka samaada dari aspek keagamaan khasnya dan kehidupan amnya. maka,kan baik jika lagu2 nasyid berunsur cinta ini menjadi saingan kepada lagu2 tadi?biarlah mereka tertarik kepada lagu2 cinta berunsur nasyid tapi bukan kepada yang sebaliknya... juga tidak kita nafikan,.... ada di antara anak2 remaja yang dahulunya tidak gemar kepada nasyid(kerana tidak pernah ambik tahu),mula berjinak2 kepada irama yang mendidik jiwa ini selepas mula2 "berkenalan" dengan lagu2 cinta bercorak nasyid dan akhirnya "jatuh cinta" dengan irama dan lagu nasyid itu sendiri.itu pendapat saya.... for RZA :: pakabar nek tok?kat cine ya? -wassalam- ----------------- Logged |
|||
|
| Halaman: 1 | Fungsi Pentadbir: Pindah tajuk, Buang Tajuk, Kunci Tajuk |