Forum Perbincangan Darul Nu'man
Home Register Help Search Login
Tarikh: 09/03/10 Masa: 17:53:54
Iklan Darul Nu'man
Forum Perbincangan Darul Nu'man: Agama: Berselawat Ke atas Nabi Muhammad s.a.w Printable Page
Reply
 Pengirim
tajuk: Berselawat Ke atas Nabi Muhammad s.a.w
Mohd Saipuddin bin Mat Yunus
Ahli Lama Forum Perbincangan Darul Nu'man


Kiriman: 1055

 Berselawat Ke atas Nabi Muhammad s.a.w Tarikh Kiriman: 07/25/02 Masa: 22:48:25

Assalammualaikum
Faedah-feadah Berselawat keatas Nabi Muhammad s.a.w sdebagaimana dipaparkan oleh Al-Marhum Prof.Dr.Tg. Muhammad Hasbi As-Siddiiqi dalam bukunya "Kumpulan Dzikir dan Do'a"
19 perkara:

1.      Memperolehi curahan rahmat dan kebajikan daripada Allah S.W.T.
2.      Menghasilkan kebaikan, meninggikan derjat dan menghapus kejahatan.
3.      Apabila kita membaca seratus selawat, kita memperolehi pengakuan kesempurnaan iman.
4.      (Apabila kita tidak suka membaca selawatan) memperolehi kerugian, penyesalan dan jauh dari dikawani oleh orang baik-baik (pada sisi Allah)
5.      Mendekatkan diri kepada Allah
6.      Menyamai pahala memerdekakan budak (hamba 'abdi)
7.      Menghasilkan syafa'at (Nabi)
8.      Memperoleh penyertaan dari Mala'ikat Ar-Rahmah
9.      Memperolehi perhubungan yang rapat dengan Nabi. Seseorang yang berselawat dan bersalam kepada Nabi; selawat dan salamnya disampaikan Mala'ikat kepada Nabi Muhammad s.a.w.
10.       Membuka kesempatan berbicara (bercakap - P) dengan nabi s.a.w.
11.      Menghilangkan kesusahan, kegundahan dan meluaskan rezeki.
12.      Melapangakan dada: apabila seseorang membaca seratus kali selawat, menurut Hadith, Allah akan melapang dadanya dan memberi penerangan (nuur-P) yang sinar-seminar kepada hatinya.
13.      Menghapuskan dosa: apabila seseorang membaca dengan tetap setiap hari, tiga selawat, Allah hapuskan dosanya.
14.      Menggantikan sedekah orang yang tak sanggup bersedekah.
15.      Menggandakan -gandakan pahala yang diperolehi. Apabila seseorang berselawat di hari Juma'at, maka Tuhan berikan kepada pahala yang berlipat ganda.
16.      Menyebabkab dekat kedudukan penselawat itu dengan Rasullah s.a.w di hari Kiamat.
17.      Menjadi sebab diterima do'a
18.      Melepaskan diri  dari kebengungan di hari Kiamat. Apabila seseorang meninggalkan selawat kepada nabi, ia akan menghadapi kebengungan dan kekacauan di hari Mahsyar (Perhimpunan sesudah manusia dikumpulkan-P).
19.      Memenuhi satu hak NabiMuhammad s.a.w, atau menunaikan suatu tugas 'ibadah yang diwajibkan atas kita umat Islam. Apabila seseorang tidaj berselawat, bererti ia enggan memenuhi hak nabi muhammad s.a.w. yang wajib dipenuhi."
20.      Untuk selanjutnya sila dalami buku kami "40 Hadith Sekitar selawat ke atas Junjungan Nabi s.a.w."



-----------------
Mohd Saipuddin
Logged
WWW E-Mail Profile Quote Modify Delete
Abu Musa Al-Muari
Ahli Lama Forum Perbincangan Darul Nu'man


Kiriman: 1085

 Re: Berselawat Ke atas Nabi Muhammad s.a.w Tarikh Kiriman: 07/26/02 Masa: 20:41:19

Assalaamu'alaikum;

Satu perkara penting dalam kita berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w ialah jangan berselawat dengan lafaz yang tidak pernah diturunkan/diajarkan oleh Nabi s.a.w kerana selawat adalah ibadah dan ibadah tidak boleh dilakukan kecuali dengan cara yang ditunjukkan oleh baginda Muhammad s.a.w.

Satu lagi wabak yang merebak dikalangan orang Melayu ialah mudah menerima apa sahaja amlan dari sesiapaun termasuklah dari dukun atau bomoh, perkara ini amat mengaibkan kerana ada berlaku depan mata saya seorang yang berilmu agama menerima amalan yang kononnya ibadat tetapi sebenarnya sesat daripada bomoh/dukun/tukang urut. Kemudian satu lagi, apa sahaja kelebihan yang kita dengar kita terima bulat-bulat, perkara ini sebenarnya salah kerana dosa dan pahala adalah hak milik Allah s.w.t dan Dia sahajalah yang tahu apa yang akan diberi dari setiap amalan bukannya dengan andaian dan pepandai kita.

Ucapan di atas sebenarnya memerlukan ruangan soalan khas untuknya, saya hanya menyentuh sedikit di sini untuk ilmu pengetahuan umum.

Wallahu a'lam bissowaab
-----------------
ingin mengetahui cara menghafaz al-quran? Layarilah:

http://www.amir.com.my
Logged
E-Mail Profile Quote Modify Delete
Syameel Akhtar
Ahli Lama Forum Perbincangan Darul Nu'man


Kiriman: 238

7806305031
 Re: Berselawat Ke atas Nabi Muhammad s.a.w Tarikh Kiriman: 07/30/02 Masa: 00:58:29

Assalamualaikum,
Pertamanya saya mohon kemaafana kepada saudara Mohammad Saifudin kerana lewat menjawab pertanyaan hari tu. imi memnadangkan internet kat sini bermasalah.Sebnarnya memang saya tak mengenali Ustaz yang saudara maksudkan. Maklumlah saya ni di Lahad Datu dan Ustaz yang saudara maksudkan pula berada di Kota Kinabalu. Walaubagaimanapun tahniah kepada Saudara yang bakal menempuh detik bahagia.
Sungguh menarik fadhilat selawat uang saudara petik dari biku Prof T.M Hasbi As-Sidiqie.Berbanyak terima kasih d iatas saranaan Ustaz Abu Musa atas nasihatnya agar bereselawat mengikut cara Nabi kerana ia adalah satu ibadah.
Satu lagi ingin saya nyatakan ialah mengenai lafaz "Saidina" dalam selawat. Mengikut Prof T.M Hasbie As- Sidiqie dalam bukunya Kriteria anatar Sunnah dan bid'ah, beliau tak menmerima amanlan menmabah perkataan saidina  pada selawat.Selkain itu terdapat ramai lagi ulama' lain yang tak membenarkan menggunakan perkaraan Saidina dalam selawat. Namun ada juga ulama' yang membolehkannya. Memang ini perkara khilaf. Namun bagaimanakah jalan yang terbaik
-----------------
Islam Boleh
Logged
E-Mail Profile Quote Modify Delete
Mohd Saipuddin bin Mat Yunus
Ahli Lama Forum Perbincangan Darul Nu'man


Kiriman: 1055

 Re: Berselawat Ke atas Nabi Muhammad s.a.w Tarikh Kiriman: 07/30/02 Masa: 01:24:39

Assalammualaikum
JazakumuLlahu Khairan kasiran
Saya ingin bertanya pendapat Ustaz Musa Al Muari. Adakah saudara telah berjaya menasihati kawan saudara yang telah tersilap tersebut supaya meninggalkan perkara yang tak baik tersebut. Ngapa berlaku begitu . Kenapa kita tidak cegah dari awal di mana dukun sesat tersebut kita kenakan hukuman supaya tak ramai muslim yang disesatkannya. Kita perlu buat satu Akta supaya mencegah orang Islam menukar agama. Ngapa setelah 45 tahun kita merdeka Akta untuk mencegah orang Islam dari keluar Islam tidak ada dalam negara kita. Orang yang menyebarkan ajaran sesat ini wajib dihapuskan supaya tidak menyesatkan manusia lain. Perlu ke kita ambil tindakan sendiri dengan pergi membunuh orang yang menyesatkan orang lain. Cuba Ustaz beri penjelasan yang dapat memberikan kefahaman jelas supaya kita dapat mengatasi masalah golongan yang sesat ini. seperti golongan anti hadis.
-----------------
Mohd Saipuddin
Logged
WWW E-Mail Profile Quote Modify Delete
pelangi pagi
Ahli Baru Forum Perbincangan Darul Nu'man


Kiriman: 8

 Re: Berselawat Ke atas Nabi Muhammad s.a.w Tarikh Kiriman: 08/10/02 Masa: 09:58:32

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.
Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Dengan kisah yang dikemukakan ini, diharapkan para sahabat tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.







-----------------
Logged
WWW E-Mail Profile Quote Modify Delete
pelangi pagi
Ahli Baru Forum Perbincangan Darul Nu'man


Kiriman: 8

 Re: Berselawat Ke atas Nabi Muhammad s.a.w Tarikh Kiriman: 08/10/02 Masa: 10:10:07

Semoga dengan membaca kisah berikut ini menjadikan kita semakin mencintai Nabi Muhammad s.a.w.

Dahulu di sebuah kota di Madura, ada seorang nenek tua penjual bunga cempaka. Ia menjual bunganya di pasar, setelah berjalan kaki cukup jauh.

Selesai jualan, ia pergi ke masjid Agung di kota itu.
Ia berwudhu, masuk masjid, dan melakukan salat
Zhuhur. Setelah membaca wirid sekadarnya, ia keluar masjid dan membungkuk-bungkuk di halaman masjid. Ia mengumpulkan dedaunan yang bertaburan di halaman masjid. Selembar demi selembar dikaisnya. Tidak satu lembar pun ia tinggalkan. Tentu saja agak lama ia membersihkan halaman masjid dengan cara itu. Padahal matahari Madura di siang hari sungguh menyengat. Keringatnya membasahi seluruh tubuhnya.

Banyak pengunjung masjid jatuh hiba kepadanya. Pada suatu hari Takmir masjid memutuskan untuk membersihkan dedaunan itu sebelum perempuan tua itu datang.

Pada hari itu, ia datang dan langsung masuk masjid.
Selesai salat, ketika ia ingin melakukan pekerjaan rutinnya, ia terkejut. Tidak ada satu pun daun terserak di situ. Ia kembali lagi ke masjid dan menangis dengan keras. Ia mempertanyakan mengapa daun-daun itu sudah disapukan sebelum kedatangannya.
Orang-orang menjelaskan bahwa mereka kasihan
kepadanya.
"Jika kalian kasihan kepadaku," kata nenek itu,
"Berikan kesempatan kepadaku untuk membersihkannya."

Singkat cerita, nenek itu dibiarkan mengumpulkan
dedaunan itu seperti biasa. Seorang kiai terhormat diminta untuk menanyakan kepada perempuan itu mengapa ia begitu bersemangat membersihkan dedaunan itu. Perempuan tua itu mau menjelaskan sebabnya dengan dua syarat:

Pertama, hanya Kiai yang mendengarkan rahsianya;
Kedua, rahsia itu tidak boleh disebarkan ketika ia masih hidup. Sekarang ia sudah meniggal dunia, dan Anda dapat mendengarkan rahsia itu.

"Saya ini perempuan bod*h, pak Kiai," tuturnya.
"Saya tahu amal-amal saya yang kecil itu mungkin juga tidak benar saya jalankan. Saya tidak mungkin selamat pada hari akhirat tanpa syafaat Kanjeng Nabi Muhammad.

Setiap kali saya mengambil selembar daun, saya
ucapkan satu salawat kepada Rasulullah. Kelak jika saya mati, saya ingin Kanjeng Nabi menjemput saya. Biarlah semua daun itu bersaksi bahwa saya
membacakan salawat kepadanya."

Kisah yang diceriterakan oleh seorang Kiai Madura, D. Zawawi Imran, ini bisa membuat bulu kuduk kita merinding. Perempuan tua dari kampung itu bukan saja mengungkapkan cinta Rasul dalam bentuknya yang tulus. Ia juga menunjukkan kerendahan hati, kehinaan diri, dan keterbatasan amal di hadapan Allah swt. Lebih dari itu, ia juga memiliki kesadaran spiritual yang luhur:
Ia tidak dapat mengandalkan amalnya. Ia sangat
bergantung pada rahmat Allah. Dan siapa lagi yang
menjadi rahmat semua alam selain Rasulullah saw?

Dipetik ulang dari buku "Rindu Rosul", karangan
Jalaluddin Rakhmat, Penerbit Rosda Bandung, hal
31-33. Cetakan pertama September 2001.



-----------------
Logged
WWW E-Mail Profile Quote Modify Delete
xkrypton
Tetamu



 Re: Berselawat Ke atas Nabi Muhammad s.a.w Tarikh Kiriman: 08/10/02 Masa: 19:02:14

assalamualikum pelangi pagi.

boleh bagi tau nama telaga nabi muhammad yg akan diberi minum pada umat-nya pd hari akhirat.
Logged
WWW E-Mail Quote Modify Delete
Abu Musa Al-Muari
Ahli Lama Forum Perbincangan Darul Nu'man


Kiriman: 1085

 Re: Berselawat Ke atas Nabi Muhammad s.a.w Tarikh Kiriman: 08/11/02 Masa: 00:11:24

Assalaamu'alaikum;

Nama telaga Nabi s.a.w di akhirat ialah 'al-kauthar"

Walahu a'lam bissowaab
-----------------
ingin mengetahui cara menghafaz al-quran? Layarilah:

http://www.amir.com.my
Logged
E-Mail Profile Quote Modify Delete
xkrypton
Tetamu



 Re: Berselawat Ke atas Nabi Muhammad s.a.w Tarikh Kiriman: 08/11/02 Masa: 05:21:25

assalamualaikum

satu perkara lain yg diperkatakan orang dan ianya tidak benar ialah syafaat nabi yg berkaitan dgn  serban nabi.

dikatakan orang bila timbangan-nya seseorang itu lebih pd yg tidak baik dan nabi meletakkan serban pd timbangan-nya dan kebaikan berpihak pd seseorang itu maka selamat dia.

tiada dlm hadis atau al-quran mahupun ulama al-imamah menyebutnya.

wallahu alam.
Logged
E-Mail Quote Modify Delete
Mohd Saipuddin bin Mat Yunus
Ahli Lama Forum Perbincangan Darul Nu'man


Kiriman: 1055

 Re: Berselawat Ke atas Nabi Muhammad s.a.w Tarikh Kiriman: 08/11/02 Masa: 20:44:50

Assalammualaikum
Diharap sihat walafiat.
Adalah sesiapa muslim di antara kita yang pernah menemui Ahlul Bait, keturunan Rasulullah s.a.w.
Saya dapat tahu Tok Ku Paloh iaitu Sayid Abdul Rahman adalah keturunan Rasulullah s.a.w.
-----------------
Mohd Saipuddin
Logged
WWW E-Mail Profile Quote Modify Delete
pelangi pagi
Ahli Baru Forum Perbincangan Darul Nu'man


Kiriman: 8

 Re: Berselawat Ke atas Nabi Muhammad s.a.w Tarikh Kiriman: 08/11/02 Masa: 22:26:33

Terima kasih Tuan Musa kerana telah tolong menjawapkan bagi pehak hamba.
-----------------
Logged
WWW E-Mail Profile Quote Modify Delete
Abu Musa Al-Muari
Ahli Lama Forum Perbincangan Darul Nu'man


Kiriman: 1085

 Re: Berselawat Ke atas Nabi Muhammad s.a.w Tarikh Kiriman: 08/16/02 Masa: 05:07:33

Assalaamu'alaikum;

Saya harap perkataan saudara xkrypton yang berbunyi "ulama al-imamah menyebutnya" tidak bermaksud ulama syiah kerana lafaz "ulama al-imamah" biasanya digunakan oleh golongan syiah. Saya rasa yang dimaksudkan oleh saudara X ialah ulama kita yang menjadi ikutan kita seperti Imam as-Syafiee dan lain-lain...... yang masalahnya istilah "ulama al-Imamah".

Wallahu a'lam bissowaab


-----------------
ingin mengetahui cara menghafaz al-quran? Layarilah:

http://www.amir.com.my
Logged
E-Mail Profile Quote Modify Delete
ahki



Kiriman:

 Re: Berselawat Ke atas Nabi Muhammad s.a.w Tarikh Kiriman: 08/23/02 Masa: 06:21:57

a'kum

minta maaf ler meyampuk...

soalan adakah kita berselawat untuk Muhammad ibni abdillah atau Nur Muhammad?

wassalam

Logged
WWW E-Mail Profile Quote Modify Delete
aliza
Ahli Baru Forum Perbincangan Darul Nu'man


Kiriman: 7

 Re: Berselawat Ke atas Nabi Muhammad s.a.w Tarikh Kiriman: 11/29/02 Masa: 00:57:18

minta ,maaplah yer.nak mencelah sikit,saya pernah mendengar ceramah tentang kelebihan berselawat ke atas Junjungan besar kita Nabi Muhammad saw,memang diakui betapa besar kelebihan dan rahmat yang dijanjikan jika kita berselawat keatas Nabi Muhammad saw,tapi harus diingat,kalau kita tidak melakukan perkara wajib yang lain,amalan selawat kita tidak berguna ya ker?contohnya dia bila dia tau kelebihan selawat,dia tak lakukan perkara wajib yang lain..hanya berselawat ke atas Nabi jer...cam ner tu
-----------------
Logged
E-Mail Profile Quote Modify Delete
Abu Musa Al-Muari
Ahli Lama Forum Perbincangan Darul Nu'man


Kiriman: 1085

 Re: Berselawat Ke atas Nabi Muhammad s.a.w Tarikh Kiriman: 12/10/02 Masa: 06:50:07

Assalaamu'alaikum;

Itu adalah salah kerana setiap amalan ada haqnya dan bagi setiap amalan ada balasannya samada baik atau sebaliknya oleh itu jangan buat agama mengikut kemahuan hati sendiri bahkan amalkanlah agama dengan sempurna bukan ambil sikit buang banyak dsb.

Wallahu a'lam bissowaab
-----------------
ingin mengetahui cara menghafaz al-quran? Layarilah:

http://www.amir.com.my
Logged
E-Mail Profile Quote Modify Delete
Halaman: 1 Fungsi Pentadbir: Pindah tajuk, Buang Tajuk, Kunci Tajuk
Pergi ke:

Iklan Darul Nu'man

Kembali ke Laman Utama