Forum Perbincangan Darul Nu'man
Home Register Help Search Login
Tarikh: 09/03/10 Masa: 17:33:26
Iklan Darul Nu'man
Forum Perbincangan Darul Nu'man: Agama: ASB Printable Page
Reply
 Pengirim
tajuk: ASB
jaynol
Ahli Baru Forum Perbincangan Darul Nu'man


Kiriman: 5

 ASB Tarikh Kiriman: 06/10/02 Masa: 23:17:05

Salam,

Saya mendengar bermacam-macam hujah dan perbentangan mengenai duit ASB ada kata halal ada kata haram dan sebagainya.

Apakah hukumnya jikalau saya menabung di ASB?.
-----------------
Logged
E-Mail Profile Quote Modify Delete
Syameel Akhtar
Ahli Lama Forum Perbincangan Darul Nu'man


Kiriman: 238

7806305031
 Re: ASB Tarikh Kiriman: 06/11/02 Masa: 01:14:29

Assalamualaikum,
Mengenai ASB mahupun ASN , ia telah lama diperkatakan. Dan tewrdapat pelbagai pendapat mengenainya. Jadi perlu kita ketahui ke mana wang pelaburan itu di laburkan.
Dulu Ustaz Ahmad Awang ,bekas YDP Persatuan Ulama' Malaysia (P.U.M)mengatakan ia adalah haram. Ini kerana di dalamnya mengandungi pelaburan dalam perniagaan yang yang bertentangan dengan syarak. Walaubagaimanapun ASN( sama jugak dgn ASB) di pertahankan oleh Prof Dr Mahmud Zuhdi(Pensyarah Pengajian Islam Universiti Malaya)dengan alasan pelaburan dalam bidang yang haram hanya sedikit sahaja dan ia pula bertujuan untuk membantu ekonomi bumiputera. Tapi kata Ustz Ahmad Awang walau sedikit pelaburan dalam perniagaan yg haram ia etap akan mengharamkan ASN/ASB kerana menurut  kaedah fiqh "Sesuatu yang haram apabila bercampur dengan yang halal maka tewaslah yang halal dan menanglah yang haram. Di beri contoh seandainya jatuh tahi ayam dalam makanan kita maka adakah kita akan buang tahi ayam itu dan makan makanan yang tak terkena tahi ayaam atau kita buang semua makanan itu.
 Kesimpulananya. Setiap yang halal itu jelas dan setiap yang haram pun jelas. Tetapi antaranya ada yang Syubhat.Jadi untuk yang terbaik lebih baik kita elakkan yanh syubhat. Harus diingat yang Syubhat itu amat meragukan. Ia umpama memelihara kambing di tepi kebun orang. Jadi elakkan yang meragukan kepada yang tidak meragukan. Masih ada lagi peklaburan lain yang tidak meragukan sepereti Saham Amanah Wanita (ASNITA), Tabing Haji, Tabung Ittiqal, Amanah Saham Bank Islam.
Walaubagaimanapun saya syorkan anda agar rujuk kes ini kepada pihak yang lebih berwibawa kerana siapalah saya untuk membicarakan  hak halal dan haram. saya hanya insan yang lemah tetapi cuba untu kmemberi sumbangan kepada agama setakat yang mampu  
-----------------
Islam Boleh
Logged
E-Mail Profile Quote Modify Delete
Mohd Saipuddin bin Mat Yunus
Ahli Lama Forum Perbincangan Darul Nu'man


Kiriman: 1055

 Re: ASB Tarikh Kiriman: 07/08/02 Masa: 06:47:11

Assalammualaikum
Pendapat seperti anda laporkan itu saya ada dengar. Saya memang lebih menyokong Fatwa Ustaz Hj Ahmad Awang berbanding Mahmud Zuhdi. Boleh ke kita umpama kan ASB atan ASN seperti gulai yang dimasuki tahi ayam sedang gulai adalah makanan dan ASB adalah saham. dalam saham ASN dan ASB saya pernah tengok sekali senarai syarikat dimana pelaburan telah dibuat oleh PNB dalam BSKL. Tapi sekarang ni saya tak dapat maklumat tentang senarai syarikat yang terlibat dalam pelaburan PNB tersebut. Bagaimana sekiranya sistem dalam ASB dan ASN diubah dan pelaburan hanya di dalam syarikat yang halal sahaja, kerana yang berkuasa mengubahnya ada pemerintah. Pemerintahan dipilih oleh rakyat. Kalau makanan sedikit yang haram seperti tahi jatuh kita tak lalu nak makan, tapi sekiranya itulah sahaja makanan yang kita ada takkkan kita nak buang. satu lagi saham dalam ASB dan ASN banayak melibatkan syarikat kontruktion, services dan sebagainya, bagaimana kita nak hukumkan sedangkan syarikat ini perniagaanya halal, satu soalan mungkin juga syarikat yang menjalankan construction ini ada buat pinjaman bank dan banak bank melakukan riba.Contoh buat rumah, rumah tu halal tapi mungkin syarikat yang buat rumah tu meminjam dari bank yang terlibat denagn riba kecualilah di m pinjam secara al bi'ul bitthaman ajil.Pinjaman al bi'ul bitthaman ajil melibatkan tempoh bayaran 10 tahun ke atas pada kebiasaannya. berlainan dengan murabahah yang melibatkan pinjaman kurang dari 10 tahun. pada asasnya setiap pinjaman rasa tiada bayaran lebih oleh peminjam kerana ini melibatkan riba. ngapa terjadi walaupun menggunakan kaedah al bi'ul bitthaman ajil tapi jumlah yang kena bayar oleh peminjam tetap juga tiggi kalau dibandingkan dengan cara konventional, walhal kita tahu untuk beli rumah, ianya satu keperluan hidup.ngapa ada bank yang mengaku ikut cara islam tapi bayarannya tinggi contohnya kalau rumah tu harga 40 ribu tapi bila dibayar dalam tempoh 25 tahun contohnya harganya jadi 80 ribu, biasanya dua kali ganda.Mungkin suasana zaman sekarang pemerintahnya tak jalankan undang-undang Islam sepenuhnya.Kalau pinjamaman kerajaan biasanya guna kaedah albi'ul bithaman ajil. saya tak tahu sekarang ni berapa peratus keuntungan yang diambil bank dalam kaedah al bi'ul bithaman ajil. setahu saya kita tidak boleh ambil keuntungan yang terlalu tinggi, saya pernah jumpa hadis dari sahih muslim jilid 1 hingga 4 tentang keuntungan yang boleh diambil dalam satu0satu jual beli maksimanya saya tak berapa ingat, bila saya cuba cari semula hadis tu tak jumpa dah, mungkin saya insyaAllah akan cari lagi, Ustaz Abu musa Al muari betul ke kita boleh ambil keuntungan jual beli pada maksima 30 peratus aje kalau silap tolong betulkan. kaedah al bi'ul bitthaman ajil mkita kita beritahu harga sebenar rumah tersebut dan berapa harga yang kita jualkan semula. contoh pihak memberi pinjaman iaitu bank beli rumah tu dengan harga RM40 ribu dan menjualnya dengan harga RM 80 ribu dan apabila dah setuju kedua belah pihak maka berlakulah ijab Qabul.Syarat lain mestilah pengusaha dan perniagaan itu dibenarkan syarak. kalau jual beli biasa kita tak perlu nyatakan harga modal kita dan kita hanya boleh ambil untung sebanyak 30 % aje (Ustaz cuba betulkan peratusni jika salah saya hampair lu). Sebenarnya perniagaan adalah satu ibadah oleh itu tidak elok jika kita mengambil keuntungan yang melampau, kerana bila diketahui oleh pembeli dia telah membeli dangan harga yang melampau tinggi maka akan ada timbul rasa tertipu dan sakit hati.Mungkin hal ni untuk sesama muslim dan bani adam orang kafir zimmi yang berbaik dengan muslim dan bukan penentang Islam. (Ustaz cuba betulkan).WaAllahua'lam bissowaab.Banayk lagi yang perlu dibuat di malaysia ini untuk melahirkan suasana Islam dalam kehidupan.Pada saya kita lantik kepimpinan yang ingin tegakkan Undang-undang Islam meliputi semua aspek kehidupan.
-----------------
Mohd Saipuddin
Logged
WWW E-Mail Profile Quote Modify Delete
Halaman: 1 Fungsi Pentadbir: Pindah tajuk, Buang Tajuk, Kunci Tajuk
Pergi ke:

Iklan Darul Nu'man

Kembali ke Laman Utama