Forum Perbincangan Darul Nu'man
Home Register Help Search Login
Tarikh: 09/03/10 Masa: 17:44:40
Iklan Darul Nu'man
Forum Perbincangan Darul Nu'man: Agama: BERSANDING ADALAH warisan HINDU Printable Page
Reply
 Pengirim
tajuk: BERSANDING ADALAH warisan HINDU
umikalsom
Ahli Baru Forum Perbincangan Darul Nu'man


Kiriman: 18

 BERSANDING ADALAH warisan HINDU Tarikh Kiriman: 11/18/03 Masa: 02:36:11

Assalamualaikum,

BENARKAH adat bersanding sudah menjadi sesuatu yang 'wajib'pada orang kita yang beragama MELAYU ISLAM.APAKAH bersanding dimajlis perkahwinan itu ada dalam ISLAMSEmoga dapatlah pembaca forum laman ni memberi pendapat......


-----------------
Umikalsom
Logged
WWW E-Mail Profile Quote Modify Delete
Muhammad Syazwan
Ahli Lama Forum Perbincangan Darul Nu'man


Kiriman: 472

242586023
 Re: BERSANDING ADALAH warisan HINDU Tarikh Kiriman: 11/18/03 Masa: 08:59:12

Sudah tentu tiada. Cuba kita imbas kembali pada zaman Rasulullah dan para sahabat. Ada ke mereka bersanding ketika majlis perkahwinan(walimatul-urus)?

Bersanding tu sudah menjadi adat orang Melayu yg mesti diamalkan. Memang benar asalnya daripada hindu. Tapi kalau orang kita tak buat merupakan suatu perkara yg janggal... Saya pun tak suka bersanding ni sebenarnya..

Mana boleh wajah isteri kita ditayangkan di khalayak ramai (bersanding)..
-----------------

Assalamu'alaikum..warahmatullahiwabarakatuh


Rasulullah s.a.w bersabda:"Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah, sesungguhnya banyak cakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras, ia akan menjadi semakin jauh dari Allah."

M U H A M M A D S Y A Z W A N
Logged
WWW E-Mail Profile Quote Modify Delete
hakim bin abd rahman
Ahli Lama Forum Perbincangan Darul Nu'man


Kiriman: 370

123
 Re: BERSANDING ADALAH warisan HINDU Tarikh Kiriman: 11/20/03 Masa: 03:33:17

Assalamu'alaikum,

Sesetengah adat diiktiraf oleh Islam jika tidak bercanggah dengan prinsip Undang-undang Islam.kalau kita kaji memang ada adat melayu yang sesuai dengan Islam dan tidak kurang juga yang bercanggah.Untuk menentukan adat itu sesuai atau tidak dengan Islam hendaklah kita kaji dengan teliti.kita cuba teliti adat bersanding:
1.Bersanding bererti mempamerkan dua orang pengantin kepada orang lain.Menurut ajaran Islam perempuan tidak boleh ditonton oleh orang lelaki.Nyata,disini terdapat satu percanggahan.

2.Semasa bersanding itu wajah pengantin dimekap secantik-cantiknya sekehendak Mak Andam.Menurut ajaran Islam mekap wajah seseorang perempuan itu hanyalah untuk dinikmati oleh suaminya saja.Disini terdapat satu lagi percanggahan.

3.Dalam upacara bersanding itu terdapat beberapa pembaziran diantaranya;beras ditabur percuma,belanja memebuat pelamin begitu besar sedangkan pengguna nya hanya sekali dan pakaiannya juga mahal sewanya.Islam melarang perbuatan membazir dicap sebagai saudara syaitan.Jelas,satu lagi percanggahan.

4.Adat bersanding ditiru dari adat bukan Islam.Islam sangat melarang umat Islam meniru apa yang dilakukan oleh orang bukan Islam.Bertambah lagi percanggahan.

Jelaslah bersanding bukan dari ajaran Islam malah bercanggah dengan Islam.Oleh yang demikian umat Islam sepatutnya tidak terlibat sama ada secara langsung atau tidak secara langsung.Bukankah bernikah itu untuk mendapat pahala dari Allah tetapi dalam masa yang sama berbuat dosa pula.Sungguh menghairankan sekali.

Wallahu a'lam.

-----------------
HAKIMRAHMAN
Logged
WWW E-Mail Profile Quote Modify Delete
nik aminuddin b nik ishak
Ahli Baru Forum Perbincangan Darul Nu'man


Kiriman: 2

 Re: BERSANDING ADALAH warisan HINDU Tarikh Kiriman: 09/01/07 Masa: 05:46:45

Salam semua....jadi apakah hukum bersanding? hukum merisik, hukum berinai , hukum mandi berlimau dan  hukum berandam? adakah senua ini salah dari sisi islam... boleh tak sertakan sekali dalil2nya.. maaf saya ingin tahu lebih lanjut..


-----------------
Logged
E-Mail Profile Quote Modify Delete
Abu Musa Al-Muari
Ahli Lama Forum Perbincangan Darul Nu'man


Kiriman: 1085

 Re: BERSANDING ADALAH warisan HINDU Tarikh Kiriman: 09/02/07 Masa: 01:58:06

Assalaamu'alaikum semua, sudah lama saya tak membuka laman web ni, rupa-rupanya masih aktif alhamdulillah. Saya rasa bersyukur dan bangga kerana Muhammad Syazwan yang pernah saya kenali melalui beberapa tahun dulu masih lagi menyumbang dakwahnya di sini. Hampir 3 tahun saya menyepi dari laman web ni.

Secara ringkasnya jawapan untuk soalan2 di atas adalah seperti berikut:
1. Hukum bersanding bersanding: Haram jika membuka aurat dan ditontonkan di khalayak ramai termasuk yang bukan mahram dan gambar diambil oleh orang luar dengan cara2 dan aksi2 yg menghairahkan. Dan bersanding boleh jadi hukumnya harus jika hanya di hadapan keluarga terdekat yang dalam kategori mahram/muhrim. Yang bagusnya jangan buat bersanding langsung.
2. Hukum merisik pula sunnat yang sangat dituntut. Ada seorang sahabat Nabi SAW dari kalangan muhajirin ingin menikahi seorang wanita dari kaum ansar, lalu nabi saw memerintahnya pergi merisik dan lihat dulu wanita ansar tersebut. Merisik hukumnya sunnat tetapi jangan dimasukkan dengan unsur lain seperti berdua2an di satu sudut rumah untuk berkenalan atau lebih dari itu, boleh berbual antara perisikdan yang dirisik tetapi mesti ditemani oleh mahram wanita yg dirisik.
3. Berinai hukumnya boleh bahkan nabi saw sendiri pernah guna inai pada rambut dan janggutnya. Inani kuku pun tak jad masalah, tapi mesti inai asli dari daun inai, bukan inai pewarna yang menyeliputi kuku atau kult hingga menyebabkan air wuduk atau air mandi wajib tidak sampai ke kuku atau kulit tersebut.
4. Mandi berlimau hukumnya mengikut niat, jika percaya ada kuasa2 tertentu di limau tu maka hukumnya haram, kalau mandi limau hanya untuk wangi2kan tubuh badan maka tidak mengapa. Masalahnya sekarang ramaiorang mandi limau kerana untuk pulihkan semangat dan dan seumpamanya, itu tak boleh.
5. Berandam sesama jenis tak mengapa, laki andam laki, pompuan andam pompuan, tapi bukan untuk ditontonkan pada orang ramai. Kejilataan wanita hanya untuk suaminya.
Wallahu a'lam bissowaab
-----------------
ingin mengetahui cara menghafaz al-quran? Layarilah:

http://www.amir.com.my
Logged
E-Mail Profile Quote Modify Delete
nik aminuddin b nik ishak
Ahli Baru Forum Perbincangan Darul Nu'man


Kiriman: 2

 Re: BERSANDING ADALAH warisan HINDU Tarikh Kiriman: 09/02/07 Masa: 14:23:54

terima kasih saudara abu musa.. saya ingin tahu lebih lanjut tentang amalan atau adat perkahwinan masyarakat melayu daripa perspeksi islam.. ermm bukankah orang melayu kita banyak adat dan pantang larang dalam perkahwinan..adakah patang larang ini sesuai diikuti contohnya 44 patang larang orang melayu sebelum diijab kabulkan.
dan dalam adat merisik orang melayu  membuat pantang larangnya..contohnya jika semasa pergi merisik bakal prempuan sedang memasak ,elok dibatalkan kerana ia dikaitkan perempuan memasak adalah dengan api dan api itu panas dan rumah tangga mungkin setiasa berada dalam keadaan "panas"..ermm ada juga mengatakan kalau nak merisik dan meminang kena tengok hari dulu kerana hari yang baik akan memanjangkan jodoh dan memudahkan urusan.. dan ada yang lebih teruk jika ada biawak ada pokok kayu umbang semasa pejalanan elok dibatalkan niat kerana mungkin akan berlaku benda2 yang tidak elok ....disni saya senarai kan 44 pantang larang masyarakat melayu berkait dengan perkahwinan..

1.Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.


23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

saya rasakan sekarang ini banyak majlis perkahwinan bersanding mengenakan pakaian yang mahal2 dan diletakkan dihadapan orang ramai ... dan adakah mereka itu bersalah bersanding dihadapan orang ramai? dan mengenai duit belanja adakah ia meyalahi hukum islam atau tidak?  

saya ingin tahu pendapat2 daripada saudara semua... terima kasih..
-----------------
Logged
E-Mail Profile Quote Modify Delete
amira aziffa
Ahli Baru Forum Perbincangan Darul Nu'man


Kiriman: 3

 Re: BERSANDING ADALAH warisan HINDU Tarikh Kiriman: 10/27/09 Masa: 21:55:04



3. Berinai hukumnya boleh bahkan nabi saw sendiri pernah guna inai pada rambut dan janggutnya. Inani kuku pun tak jad masalah, tapi mesti inai asli dari daun inai, bukan inai pewarna yang menyeliputi kuku atau kult hingga menyebabkan air wuduk atau air mandi wajib tidak sampai ke kuku atau kulit tersebut.



apa hukumnya melukis inai di atas tangan atau di kaki yang kebanyakkan pengantin perempuan zaman sekarang bt...?
-----------------
azriati
Logged
E-Mail Profile Quote Modify Delete
Halaman: 1 Fungsi Pentadbir: Pindah tajuk, Buang Tajuk, Kunci Tajuk
Pergi ke:

Iklan Darul Nu'man

Kembali ke Laman Utama