Forum Perbincangan Darul Nu'man
Home Register Help Search Login
Tarikh: 09/03/10 Masa: 17:50:45
Iklan Darul Nu'man
Forum Perbincangan Darul Nu'man: Agama: makhluk halus Printable Page
Reply
 Pengirim
tajuk: makhluk halus
asmihan bt. abdul ghani
Ahli Baru Forum Perbincangan Darul Nu'man


Kiriman: 7

 makhluk halus Tarikh Kiriman: 02/21/03 Masa: 21:57:29

Assalamualaikum,
Saya ada satu masalah yang berkaitan dengan makhluk halus yang mendampingi suami saya.
Saya harap ada pihak yang dapat memberikan saya cara rawatan yang berkesan atau bagi alamat mana-mana tempat yang dapat membuat rawatan makhluk halus... kalau boleh sekitar Kuala Lumpur dan selangor.
sekian terima kasih
-----------------
ingin jadik manusia berguna
Logged
WWW E-Mail Profile Quote Modify Delete
Syed Syah Badrul almuniri
Ahli Baru Forum Perbincangan Darul Nu'man


Kiriman: 22

 Re: makhluk halus Tarikh Kiriman: 02/22/03 Masa: 10:46:35

Assalamualaikum...

 i sini saya ingin berkongsilah sedikit ilmu yang pernah saya pelajari dari seorang ustaz semasa di universiti dahulu. Berkenaan dengan gangguan makhluk halus ini antara amalan yang amat berkesan untuk kita amalkan ialah dengan sentiasa membaca ma'thurat di waktu pagi dan juga di waktu petang. InsyaAllah selagi mana kita mengamalkannya bersungguh2 dan berniat kerana Allah ta'ala kita tidak akan di ganggu makhluk halus.

  Antara amalan lain ialah setiap kali hendak tidur terutama di waktu malam, amalkan membaca ayat kursi, 4 qul, dan membaca bismillah sebanyak 21 kali.

  Apapun saya harapkan puan dapat berjumpa dengan  mana2 individu yang dapat menyelesaikan masalah suami puan...

wassalam

ilmu yang ada bukan untuk disimpan tetapi untuk dikongsi bersama.
-----------------
di mana bumi dipijak di situ Islam dijunjung
Logged
E-Mail Profile Quote Modify Delete
Thoyyib
Ahli Lama Forum Perbincangan Darul Nu'man


Kiriman: 170

 Re: makhluk halus Tarikh Kiriman: 02/23/03 Masa: 21:19:12

 Setiap umat Islam perlu mempunyai pendinding diri iaitu keimanan dan taqwa.
 Jagalah kedua2 perkara ini,salah satunya dapatlah kita amalkan dgn setiap selsai solat fardhu amal bacaan Ayatul Kursi,selain itu elak dari kena gangguan/sihir amalkan baca surah 3 Qul sebyk 3x(sebelum tidur)selesai baca 3 Qul sapu seluruh anggota badan atau baca Ayatul Kursi sehingga tertidur.InsyaAllah,semuanya dgn izin Allah...maka perlulah kita mengingati Allah setiap saat.
-----------------
Titan Graphic co.
Logged
WWW E-Mail Profile Quote Modify Delete
asmihan bt. abdul ghani
Ahli Baru Forum Perbincangan Darul Nu'man


Kiriman: 7

 Re: makhluk halus Tarikh Kiriman: 02/25/03 Masa: 22:47:05


Terima kasih di atas pandangan dan nasihat yang diberikan. Masalahnya skg ni suami saya kekadang dia rasa patah semangat dan susah nak kawal perasaannya. suami saya pernah pergi berubat kat kampung, dan pak cik tu berkata memang ada makhlik halus yang menguasai badan suami saya hasil daripada  satu ilmu yang pernah dia ambil waktu study dulu. walau pun dah hampir 10 tahun tapi makhluk halus itu akan bertukar milik apabila pemilik awalnya meninggal dunia...so sentiasa turun -temurun.
saya pun dah pening fikirkan bagaimana cara nak bantu suami saya itu..so saya nak sangat cari satu tempat rawatan yang dapat membuang makhluk halus itu....kalau sape- sape yang tahu boleh maklumkan..tq
-----------------
ingin jadik manusia berguna
Logged
WWW E-Mail Profile Quote Modify Delete
Budak Belajar
Ahli Baru Forum Perbincangan Darul Nu'man


Kiriman: 17

 Re: makhluk halus Tarikh Kiriman: 02/26/03 Masa: 10:34:08

Assalamualaikum,
Kita mesti ingat, masalah ini adalah ujian daripada Allah SWT. Mahkluk halus hanyalah sekadar makhluk ciptaan Allah SWT yang sama seperti kita yang lansung sedikit pun tidak boleh beri mudharat. Salah satu caranya untuk mengubatinya ialah bukan mengubatinya dengan jumpa sesiapa TETAPI cuba usahakan dalam diri untuk betulkan keyakinan dalam hati sanubari bahawa Allah SWT sahaja yang maha berkuasa, selain daripada Allah SWt adalah makhluk dan makhluk tidak boleh memberi kesan apa-apa. Buang kebesaran makhluk dalam hati, masukkan kebesaran Allah SWT. Banyakkan doa kepada ALLah SWT, kerana Allah SWT lah yang maha pembuat penyakit, sembahyang hajat, sebelum usaha jumpa pengubat yang dipercayai sembahyang hajat dulu, mengharap pada ALLAH SWT ,jangan mengharap pada makhluk. Macamana sahabar R.A apabila ada masalah sembahyang 2 rakaat , jika Allah SWt masih tidak makbulkan , mereka akan berusaha untuk betulkan sembahyang dengan lebih khusyuk dan perbaiki mana yang tidak okey, macamana sahabat R.Anhum dengan sembahyang 2rakaat segala masalah boleh selesai. Jadikan sebagai asbab amalan boleh selesaikan masalah. Wassalam.
-----------------
Kita berbincang untuk mencari keredhaan Allah S.W.T bukan untuk menunjukkan kepandaiaan masing-masing.
Logged
E-Mail Profile Quote Modify Delete
Siti Zubaidah
Ahli Lama Forum Perbincangan Darul Nu'man


Kiriman: 274

 Re: makhluk halus Tarikh Kiriman: 02/27/03 Masa: 02:49:02

Assalamualaikum

Boleh cuba hubungi

Ustaz Sabri di 03-87343644 (rumah) Masjid UKM 03-89215413.

Ustaz Dr Harun Din Al Hafiz di Darul Syifa' Bandar Baru Bangi.

Memang betul apa yang budak belajar katakan, kita kena berusaha juga. Banyakkan solat taubat, hajat dan tahajjud. Cuba mengaji setiap hari dan banyakkan baca surah Al-Baqarah di rumah, zikir.

Cuba baca ayat kursi 70 x di dalam botol air dan minum bila memerlukan sambil niat mohon pada Allah supaya sembuh kan penyakit. Jangan sesekali tinggalkan solat fardu.

Sebenarnya mahluk halus ni, dia cuma dekat dengan orang yang lalai. Mesti kuatkan semangat untuk melawannya dan sentiasa meminta bantuan dari Allah, inshAllah akan sembuh.

Saya dulu adalah mangsa kena sihir, sakit selama 8 tahun hingga hampir2 jadi masuk hospital gila. Bila berubat dengan ustaz di Singapura dan Pontian selama satu tahun saya belum di izinkan baik.

Ustaz tu kata saya tak boleh baik pasal dah terlalu lama jin tu tinggal kat badan dan dah sebati. Dia nasihatkan saya supaya jangan tinggal solat, mengaji, belajar ugama dan sentiasa jaga aurat, dan berdoa sajalah pada Allah.

Saya pun berhenti berubat dan ikut semua nasihatnya. Alhamdullilah, dengan izin Allah saya sembuh sekarang dah hampir 10 bulan. Segala yang buruk atau baik tak akan berlaku tanpa izin Allah.

Apabila Allah menimpakan penyakit atau musibah kerana

1) memberi peringatan/kesedaran dan keinsafan
2) menghapuskan dosa lama kita
3) memberikan yang lebih baik

Setiap yang terjadi ada hikmah di sebaliknya. Yang penting jangan berputus asa, inshAllah suami anda akan sembuh. Bila dah sembuh jangan sekali2 lupa pada Allah......

Marilah kita semua bersama mendoakan suami Asmihan.


wassalam

-----------------
Logged
E-Mail Profile Quote Modify Delete
asmihan bt. abdul ghani
Ahli Baru Forum Perbincangan Darul Nu'man


Kiriman: 7

 Re: makhluk halus Tarikh Kiriman: 02/27/03 Masa: 19:50:38

waalaikumusalam,
terima kasih kepada saudari siti zubaidah atas nasihat dan pandangan. Buat masa skg nie , walaupun benda tu masih ada dalam diri suami saya, saya banyak bagi nasihat dan pandangan pada suami saya agar bina kekuatan dalam diri untuk melawan makhluk halus tu. walaupun begitu keadaannya sama aje....saya kan cuba lakukan yang terbaik. kalau boleh saya nak tahu alamat penuh
Ustaz Dr Harun Din Al Hafiz di Darul Syifa' Bandar Baru Bangi kerana say behajat nak ke sana...
wassalam


-----------------
ingin jadik manusia berguna
Logged
WWW E-Mail Profile Quote Modify Delete
aliza
Ahli Baru Forum Perbincangan Darul Nu'man


Kiriman: 7

 Re: makhluk halus Tarikh Kiriman: 02/27/03 Masa: 21:14:46


[
apa yang penting sekarang ni..puan perlu sentisa memberi semangat dan kekuatan kepada suami puan..jangan biarkan dia dalam keadaan tak tenteram,kalau boleh tenangkan fikirannya...jangan biarkan makhluk halus itu menguasai diri suami puan...tapi apa-apa pun berserahlah kepada Allah ,hanya Dia Yang MAha mengetahui segalanya.
[/quote]
-----------------
Logged
E-Mail Profile Quote Modify Delete
Siti Zubaidah
Ahli Lama Forum Perbincangan Darul Nu'man


Kiriman: 274

 Re: makhluk halus Tarikh Kiriman: 03/03/03 Masa: 22:02:14

Assalamualaikum

Maaf saya lambat membalas kerana beberapa hari ni agak sibuk sedikit. Dah baca email dari saya?

Sebenarnya saya tidak ada alamat penuh ustaz Haron Din tetapi saya sedang usahakan dan akan menghantar email pada saudari bila saya dapat alamatnya.


wassalam

-----------------
Logged
E-Mail Profile Quote Modify Delete
Siti Zubaidah
Ahli Lama Forum Perbincangan Darul Nu'man


Kiriman: 274

 Re: makhluk halus Tarikh Kiriman: 03/04/03 Masa: 22:17:45

Assalamualaikum

Saudari Asmihan, saya dah mendapat alamat ustaz Haron Din dari Saifuddin ahli lama kita

Di darul Syifa' di seksyen 7 dekat surau An-Nur.dekat Telekom Bangi. ada papan tanda yang menunjukkan surau anNur. Dekat pasar malam.


wassalam



-----------------
Logged
E-Mail Profile Quote Modify Delete
asmihan bt. abdul ghani
Ahli Baru Forum Perbincangan Darul Nu'man


Kiriman: 7

 Re: makhluk halus Tarikh Kiriman: 03/06/03 Masa: 23:01:14

Waalaikummussalam,

Terima kasih buat saudari siti Zubaidah yang bersusah payah cari alamat ustaz Haron Din .
InsyaAllah saya akan ke sana pada hari Isnin 10/03/03...saya dah bincang dengan suami saya dan dia tak keberatan untuk ke sana...
wassalam
-----------------
ingin jadik manusia berguna
Logged
WWW E-Mail Profile Quote Modify Delete
Siti Zubaidah
Ahli Lama Forum Perbincangan Darul Nu'man


Kiriman: 274

 Re: makhluk halus Tarikh Kiriman: 03/24/03 Masa: 20:31:30

Assalamualaikum

Saudari Asmihan: Terimakasih kembali. Mudah2an semuanya berjalan dengan baik, inshAllah. Jangan sekekali berputus asa kerana perubatan cara Islam ni memerlukan banyak kesabaran, ketabahan dan kesungguhan.

Bila dah sembuh buatlah sujud syukur tanda bersyukur pada Allah dan sentiasa mengingati Nya. Manusia cuma asbab sahaja tetapi yang menyembuhkan segala penyakit adalah Dia.


Wassalam



-----------------
Logged
E-Mail Profile Quote Modify Delete
asmihan bt. abdul ghani
Ahli Baru Forum Perbincangan Darul Nu'man


Kiriman: 7

 Re: makhluk halus Tarikh Kiriman: 03/19/03 Masa: 23:29:05

Walaikummussalam
Alhamdulillah sampai jugak saya ke darul shifa, tetapi dah agak terlewat... so suami saya buat rawatan dengan penolong Ustaz Haron Din, al maklumlah ramai betul orang, timbul pulak keinsafan dalam diri saya, bahawa ramai lagi orang yang menderita sakit. Alhamdulillah Allah kurniakan kesihatan yang sempurna untuk kita.
Alhamdulillah jugak saya tengok suami saya dah semakin pulih, walaupun dia masih rasa ada lagi benda dalam badannya. insyaallah minggu depan saya akan balik kelantan buat rawatan lagi.
HArapan saya  moga-moga suami saya beransur-ansur sembuh..insyaallah
-----------------
ingin jadik manusia berguna
Logged
WWW E-Mail Profile Quote Modify Delete
Siti Zubaidah
Ahli Lama Forum Perbincangan Darul Nu'man


Kiriman: 274

 Re: makhluk halus Tarikh Kiriman: 03/24/03 Masa: 20:34:58

Assalamualaikum wth.,

Saudari Asmihan: boleh juga suruh suami saudari amalkan ayat2 di bawah ini

Menangani Tipu Helah Makhluk Halus

Ayat2 di bawah ini di susun oleh Rahim bin Md. Salleh atas keizinan Prof Dr Ustaz Jumadi Mustar

Ayat Ruqyah

Pesakit mula-mula baca

1) Al-Isti'adzah, kemudian bacalah
2) Wala haula wala kuuwata illa billahill aliyil azhim
3) Bismillaa-hil ladzii laa yadurru ma asmihii shai'un fil ardi wa laa fis samaa-i-wahuwas samii-'ul-aliim 3x
4) A'u-dzu-bikalimaa-til-laa-hit-taam-maati minsh-sharri maa kholaq 3x

Kemudian baca

1) Surah Al-Fatihah ayat 1 - 7
2) Surah Al-Baqarah ayat 1 - 5
3) Surah A-Baqarah ayat 102 di ulang sebanyak 7x
4) Surah Al-Baqarah ayat 163 - 164
5) Surah Al-Baqarah ayat 255
6) Surah Al-Baqarah ayat 285 - 286
7) Surah Aali-Imraan ayat 18 - 19
Surah Al-'Araf ayat 54 - 56
9) Surah Al-A'raaf ayat 117 - 122 di ulang sebanyak 7 x kemudian ayat 120 di ulang sebanyak 30x secara bersendirian
10) Surah Yunus ayat 81 - 82 di ulang 7 x, selepas itu di ulang ayat innallaha sayub tiluh sebanyak 7x bersendirian
11) Surah Taha ayat 69 di ulang 7x
12) Surah Al-Mukminin ayat 115 - 118
13) Surah As-Soffaat ayat 1 - 10
14) Surah Al-Ahqaaf ayat 29 - 32 ulang ayat pendek ini 7 x - yakau manaa ajiibuu daiyallah
15) Surah Ar-Rahman ayat 33 - 36
16) Surah Al-Hasyr ayat 21 - 24
17) Surah Al-Jin ayat 1 - 9
1 Surah Al-Ikhlas
19) Surah Al-Falaq, di ulang surah ini 9 x
20) Surah An-Naas

Ayat-ayat Wirid Mangsa Sihir:

1) Surah Yunus ayat 80 - 81
2) Surah Al-A'raf ayat 117 - 121
3) Surah Taha ayat 67 - 70
4) Surah Al-Furqan ayat 32
5) Surah Anbiya' ayat 70
6) Surah An-Nur ayat 39
7) Surah Al-Israk ayat 81
Surah Fussilat ayat 42
9) Surah Fatir ayat 10
10) Surah Anbiya ayat 18
11) Surah Al-A'raf ayat 18
12) Surah Kahfi ayat 98
13) Surah Taha ayat 69
14) Surah Al-Falaq

Ayat-ayat Wirid Mangsa Hasad :

1) Surah Al Fatehah 7 x
2) Ayat Kursi 7 x
3) Surah Mulk 1 x
4) Surah Al-Qalam 7 x (ayat 51)
5) Ayat 3 Qul 7 X

Ayat-ayat Azab

1) Al-Baqarah surah 2 : ayat 206
2) Al Maidah surah 5 : ayat 33 - 37
3) An Nisa' - surah 4 : ayat 166 - 169
4) Al Anfal - surah 8 : ayat 9 - 14
5) Al Isra' - surah 17 : ayat 110 - 111
6) Al Hijr - surah 15 : ayat 16 - 18
7) Al Anbiya' - surah 21 : ayat 70
As Saffat - surah 37 : ayat 1 - 10
9) Ad Dukhan - surah 44 : ayat 43 - 50
10) Al Jathiya - surah 45 : ayat 7 - 11
11) Al Ahqaf - surah 46 : ayat 29 - 34
12) Ar Rahman - surah 55 : ayat 32 - 44
13) Al Haqqah - surah 69 : ayat 25 - 37
14) Al Buruj - surah 85
15) Al A'la - surah 87
16) Az Zalzalah - surah 99
17) An Nasr - surah 110

Ayat-ayat Shifa'

1) At Taubah - surah 9 : ayat 14 - 15
2) Yunus - surah 10 : ayat 57
3) An Nahl - surah 16 : ayat 67 - 69
4) Al Isra' - surah 17 : ayat 82
5) As Syu'ara - surah 26 : ayat 75 - 80
6) Al Fushilat - surah 41 : ayat 44

Pesakit yang tidak mampu membaca ayat2 ruqyah keseluruhannya atau yang tidak dapat membaca Al-Quran dengan baik cukup mengamalkan doa2 dan zikir di bawah ini sebagai perisai untuk dirinya :

1) Baca doa ini setiap selepas solat subuh dan solat asar:

A'u-dzu-bikalimaa-til-laa-hit-taam-maati minsh-sharri maa kholaq 3x
Aku berlindung dengan kalimah2 (ayat) Allah yang sempurna dari semua kejahatan yang di ciptakan-Nya.

2) dan doa ini

Bismillaa-hil ladzii laa yadurru ma asmihii shai'un fil ardi wa laa fis samaa-i-wahuwas samii-'ul-aliim 3x
Dengan nama Allah yang dengan-Nya segala sesuatu yang ada dibumi dan langit tidak sekali2 akan membahayakan. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

3) dan zikir ini 100x pagi (lepas subuh) dan petang (lepas asar atau magrib)

Laa ilahaa illaulaah wahdahu laa shariika lah lahul mulku walahul hamdu wahuwa' alaa kulli shai-inq-qodiir. 100x
Tiada tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya hanya Allah yang mempunyai semua kerajaan dan semua puji2an dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Selain doa di atas baca Ayat Kursi 313 x sekali gus dan banyakkan baca Tasbih Nabi Yunus

Laa ilaaha illa anta subhaanaka innii kuntu minadh-zhaalimiin
Tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah, Maha Suci Engkau, akulah orang yang membuat zalim atas diriku.

Kalau tak dapat membaca kerana gangguan terlalu kuat, boleh juga pasang CD ayat ruqyah dan ayat shifa, pasangkan di rumah dan konsentrasi sambil pejamkan mata. Jika keadaan sukar di kawal, saudari bacakan ayat kursi 70 x di dalam botol berisi air dan suruhlah suami minum sambil niat supaya Allah sembuhkannya, tetapi air itu jangan di tambah jika habis, buatlah yang baru. Selain pada itu bacalah Al-Fatehah 70 x dan Al Baqarah selama 40 hari, inshallah keadaan akan lebih baik......

4 pintu untuk jin memasuki tubuh manusia

1) Terlalu marah
2) Terlalu gembira
3) Terlalu sedih
4) Nafsu syahwat terlalu kuat

Sekian wassalam
Siti Zubaidah

* Maaf kalau spelling tak begitu baik dan setiap yang baik datangnya dari Allah dan yang tidak baik dari kesilapan saya sendiri.
-----------------
Logged
E-Mail Profile Quote Modify Delete
Abu Musa Al-Muari
Ahli Lama Forum Perbincangan Darul Nu'man


Kiriman: 1085

 Re: makhluk halus Tarikh Kiriman: 04/09/03 Masa: 17:30:33

Assalaamu'alaikum;

Saya kagum juga dengan ilmu yang diturunkan oleh saudari CT kita....semoga setiap org Islam dapat memperbaiki bacaan al-quran supaya boleh mengubati diri sendiri apabila diracau tanpa mengharap kepada makhluk lain yang sama lemah seperti kita.

Saya harap saudari CT pun dapat mengamalkan ilmu yg diturunkan bukan sahaja untuk mengubati diri tapi juga untuk pendinding....semoga kita semua dipelihara Allah swt dari ganguan syaitan dan iblis yg dilaknat.

Wallahu a'lam bissowaab
-----------------
ingin mengetahui cara menghafaz al-quran? Layarilah:

http://www.amir.com.my
Logged
E-Mail Profile Quote Modify Delete
Halaman: 1 2 Fungsi Pentadbir: Pindah tajuk, Buang Tajuk, Kunci Tajuk
Pergi ke:

Iklan Darul Nu'man

Kembali ke Laman Utama