-Forum Perbincangan Darul Nu'man
--Agama

Kiriman dimulakan oleh: insan Pada 08/26/02 Masa: 05:42:47


Tajuk Lihat gambar lucah - Dikirim oleh: insan Pada 01/31/02 Masa: 03:33:20


Apa hukum lihat gambar lucah
Macamana nak berhentikan tabiat tersebut.


Tajuk Re: Lihat gambar lucah - Dikirim oleh: mzarok Pada 02/09/02 Masa: 00:35:47


Hukumnye simple je ....Haram/ berdosa

Cara nak tinggalkan ye .... macam macam..cara


contoh:

Anda buat perkara yang anda fikir lebih bermanafaat .... contohnye....macam macam... saudara pun tentu boleh berfikirkan.


Tajuk Kahwin - Dikirim oleh: Rohizal Pada 03/01/02 Masa: 21:18:16


baik kahwin aje
jalan halal utk melepaskan nafsu
lepas kahwin tak yah tahan nafsu lagi


Tajuk Re: Lihat gambar lucah - Dikirim oleh: Mohd Khairul Ikhwan Bin Abd Nasir Pada 03/02/02 Masa: 09:34:48


Pulaukan sahaja gambar -gambar lucahni!!!!


Tajuk Re: Lihat gambar lucah - Dikirim oleh: bismirahimi Pada 03/18/02 Masa: 08:57:16


Waalaikummussalam
Mmg hukunya haram
pada pendapat saya ada banyak cara untuk hilangkan tabiat buruk itu
antaranya :masa lapang di gunakan dengan perkara2 yang bermanfaat ,baca quran,dengar radio,atau siaran agama(ikim.fm), bertasbih,beriadah,elakkan bersendirian, sentiasa bergaul dengan rakan2 yang baik budi pekertinya,derma (tenaga,akal fikiran,wang)dll
Taubat lah selagi pintu taubat masih terbuka
(Dr Abu Hurairah r.a)
Rasulullah s.a.w pernah bersabda Allah sangat gembira menerima taubat seseorang kamu,melebihi kegembiraan seseorang yang menemukan kembali barangnya yang hilang(sahih muslim)


Tajuk Re: Lihat gambar lucah - Dikirim oleh: ibn_waqiuddeen Pada 06/29/02 Masa: 16:20:00


Assalamualaikum ..
Bagi saya cara yang sesuai untuk berhenti melihat gambar lucah ialah dengar sering mengingati akan azab Allah. Jika itu pun tidak mampu, maka sibukkanlah diri anda dengan aktivit yang berfaedah. Dan jika tetap tidak mampu, maka jauhilah punca2 yang membawa kepada gambar2 lucah seperti internet, kawan yang tidak baik dan sebagainya. Semoga Allah memberikan kekuatan untuk melawan hawa nafsu itu. Sesungguhnya jihad yang paling besar ialah jihad melawan hawa nafsu(kalau tidak silap) Wallahualam ...


Tajuk Re: Lihat gambar lucah - Dikirim oleh: Mohd Saipuddin bin Mat Yunus Pada 07/30/02 Masa: 23:45:08


Assalammualaikum
nasihat waqiuddin begitu baik sekali. banyakkan baca, AlQuran. Jadikan amalan baca Al Quran setiap hari, samada pagi atau peteng atau selepas solat Maghrib. Beriadah, berkawan dengan kawan yang berkhlak baik saja. jangan berkawan dengan orang jahat. buat kerja berfaedah. penuhi dengan kerja berfaedah. anda boleh fikirkan. masuklah forum darul Nu'man selalu , banyak nasihat yang berguna dan baik untuk kita. Kurangkan tengok Televesyen yang ada adegan menaikkan nafsu liar. kawal nafsu liar. jangan tengok perempuan yang pakai skirt bila di bandar. memang ramai perempuan yang yang pakai skirt dan dedah aurat di KL. Cuba jaga pandangan mata supaya tidak melihat perkara menaikkan nafsu. bila dah ada kemampuan berkahwinlah segera. Puasa sunat supaya dapat menahan nafsu.


Tajuk Re: Lihat gambar lucah - Dikirim oleh: Ad Pada 08/25/02 Masa: 21:30:40



Assalamualaikum

Bagaimana pula dengan pendapat yang mengatakan, melihat gambar/video lucah dengan tujuan untuk mempelajari cara-cara berjima' atau cara yang berlainan (advance) untuk tujuan kebaikan hubungan kelamin antara suami isteri. Saya musykil dengan pendapat ini.

Sekian.


Tajuk Re: Lihat gambar lucah - Dikirim oleh: Syameel Akhtar Pada 08/25/02 Masa: 21:59:28


Assalamualaikum,
Pendapat yang paling kuat dan paling selamat ialah jauhi melihat gambar lucah .
Bagi saya alasan melihat gambar dan viceo lucah dengan alasan untu mepelajari teknik berjima' adalah tak logik. Dulu pun pernah seorang pengamal Syiah yang mmepunyai 10 orang isteridari Johor memberikan alasan in iuapabila didapati ia memiliki  Video lucah.
Matlamat tak menghalalkan cara.Lagipun umat manusia termasuk orang Islam termasuk juga berbangsa Melayu  sejak zaman berzaman telah pun melakukan pelbagai kaedah jima' tanpa melihat agmbar lucah. Gambar lucah tu aurat.
Memang Islam membenarkan kita melakukan pelbagai kaedah waktu bersetubuh. Ini urusan duniawi hukum asalnya adalah harus kecuali bila dalil mengharamkannya. Dalam bersetubuh hanya 2 kaedah diharamkan iaitu melalui jalan belakang(liwat) dan waktu haid.
Ulama'-ulama' silam telah pun membincangkan sola hubungna suami isteri secara mendalam termasuklah oleh Imam al-Ghazali ,Qaiyim al-Jauziyyah dan Syah Waliyullah.(maaf saya lupa nama kitabnya).
Di Nusantara juga ramai ulama termasu Syikeh Daud Fatani telah mebicarakan tentang hubungna suami isteri.
Kesimpulannya melihat gambar lucah baik untuk tujuan mepelajari kaedah jima' hukumnya tetap haram. Dan dalam soal jima' suami isteri kita dibenarkan kreatf tetapi jangan langgar syarak.


Tajuk Re: Lihat gambar lucah - Dikirim oleh: ahki Pada 08/25/02 Masa: 22:07:02


A'KUM

Ini pendapat saya..

nak tengok silakan...untuk ilmu tetapi awak kena ingat

jangan sesekali mengingati gambar gambar itu semasa jimak dengan isteri anda.
Dikhuatirkan awak berjimak dengan orag lain nanti ...

Kalau asyik teringat ajer... saya rasa baik awak bersihkan diri zahir dan batin...

Kalau zahir bersih kita tahu macam mana iye... bebas dari najis and so on....

kalau batin bersih ... awak kena tanya dulu orang kat sini...

wassalam.


Tajuk Re: Lihat gambar lucah - Dikirim oleh: Ahmad Khairi Pada 08/26/02 Masa: 02:45:17


Assalamualaikum..
Saya harap orang dalam forum ini terutamanya kepada saudara Ahki supaya banyak beristighfar .. Banyakkan dengar dan cakap tentang kebesaran Allah..
Wallahualam


Tajuk Re: Lihat gambar lucah - Dikirim oleh: Ad Pada 08/26/02 Masa: 02:46:47



Assalamualaikum

Dari penjelasan saudara Syameel, memang itulah yang sepatutnya. Saya bersetuju dengan soal 'kreatif' yang diajukan kerana sememangnya saya suka berkreatif pada setiap hal sama ada dalam perkerjaan ataupun peribadi.

Dalam soal hubungan kelamin, sekurang-kurangnya si suami dapat membuktikan kemampuan dan kehebatannya pada isteri dengan cara tersendiri, bukan meniru orang. Maaf sekiranya saya terlanjur kata tetapi inilah teori, pendirian dan hikmah dari 'kreatif' yang saudara Syameel katakan.

Kemusykilan yang saya ajukan itu sekadar pendapat yang saya perolehi bukanlah mengisahkan tentang diri saya kerana saya belum lagi berkahwin.

Walau apa pun terima kasih pada saudara Ahki kerana mengingatkan saya apabila sudah beristeri nanti. Cuma sekali lagi saya musykil bila saudara Ahki menyebut 'silakan.... untuk ilmu'. Ikut hukum, atau ikut lojik? Sekali lagi saya perlukan penjelasan.

Sekian


Tajuk Re: Lihat gambar lucah - Dikirim oleh: shazlieyn Pada 08/26/02 Masa: 03:36:31


a'kum....

saya rasa ahki menjawab persoalan cam hanya menggunakan akal...kebanyakkan jawapan utk topik2 yg lain saya perhatikan pun sama jugak..lebih kepada pendapat ...so..saya harap...sesiapa yang ingin menjawab persoalan jgn hanya menggunakan akal sahaja..kalu tak pasti lebih baik jgn....


Tajuk Re: Lihat gambar lucah - Dikirim oleh: ahki Pada 08/26/02 Masa: 05:42:47


a'kum

minta maaf banyak2....

agaknye iye bagaimana Doktor sakit puan nak belajar agaknye iye....

Pakar forensik pun macam mana iye.....

saya rasa kalau nak buat pastikan iya ilmu yang boleh berguna untuk ummah...

kalau semua orang tak boleh tengok... siapa nak jadi Doktor agaknye....

Bila terjumpa masalah nie....ooooo macam ini anu orang .... ooo gini ... kan kalau orang perempuan dengar kan takut.....

Hubungan kelamin suami isteri juga perlukan pelbagaian...jugak ...

Yang Penting bila lihat fikirkan ... tentang Rahsia. Kerana kemaluan lelaki dan wanita itu rahsia Allah...


Wassalam

Kiriman berakhir