-Forum Perbincangan Darul Nu'man
--Agama

Kiriman dimulakan oleh: kamikazen Pada 03/03/04 Masa: 09:48:25


Tajuk HUKUM melihat orang bersanding - Dikirim oleh: kamikazen Pada 02/13/04 Masa: 03:03:33


Apakah benar dakwaan mengatakan,jika kita melihat orang bersanding,segala amalan yang dilakukan selama 40 hari tidak diterima ALLAH SWT.?



Tajuk Re: HUKUM melihat orang bersanding - Dikirim oleh: RZA Pada 02/13/04 Masa: 08:10:30


assalamualaikum wbt..
amalan tidak diterima Allah selama 40 hari?semata-mata kerana melihat orang bersanding?setahu saya,jika kita meminum khamar setitik barulah amalan kita tidak diterima selama 40 hari..begitu juga dengan memakan semut,ilmu tidak akan masuk ke dalam diri kita selama 40 hari..pada pendapat saya,melihat orang bersanding samalah dengan melihat orang biasa yang lain,yakni jika dia tidak menutup auratnya,maka berdosalah kita yang melihatnya..
Wallahu a'lam bissowab


Tajuk Re: HUKUM melihat orang bersanding - Dikirim oleh: Syameel Akhtar Pada 02/13/04 Masa: 09:19:49


Assalamualaikum,
Bersanding itu amaln Hindu yg cuba diperkosakan ke atas Islam. Maksudnya budaya hIndu yg diadatkan dan kemudian diterapkan ke aats masyarakat islam. Tinggalkan budaya karut ni. Namun sebagai uslub dakwah,mungkin sukar utk kita suruh masyarakat tingalkan secara terus jadi kita islamikkan dia. Berikan roh keislaman kpdnya seperti jgn biarkan gol bukan Mahram tengok, lakukan dalam keadaan sopan seperti tutup aurat dan tidak membazir.
Tentang hukum tak diterima amalan selama 40 hari. Saya tak pernah dengar pun Dalil Al-Quran mahupun Hadith baik bertaraf Sahih mahupun dhaif tentang hal ini.Jnagan menghukum tanpa dalil. Mmeang berdosa jika lihat wanita bersanding tak tuutp aurat. itu jumhur ulama' punya pendapat kecuali SEEKOR MANUSIA BANGGANG BERNAMA ASTORA JABAT.
Kalau ada tolong kemukakan mungkin saya tak jumpa.


Tajuk Re: HUKUM melihat orang bersanding - Dikirim oleh: Badrulmunir Pada 02/14/04 Masa: 07:46:11


Akum..

  Memang asal adat persandingan semasa perkahwinan adalah suatu perkara yang menyamai adat orang-orang Hindu. Kita orang-orang islam ada cara kita yang sendiri jadi kita pakailah cara kita tanpa guna cara lain atau budaya serta adat agama lain.

  Tentang amalan x terima 40 hari kerana tengok orang bersanding tak pulak saya terjumpa dalam mana2 nas mengatakan sedemikian.

wallahu'alam


Tajuk Re: HUKUM melihat orang bersanding - Dikirim oleh: RZA Pada 02/16/04 Masa: 08:31:05


assalamualaikum wbt,
Bersanding dan makan beradat

Apakah hukum Islam tentang bersanding bagi meraikan pengantin yang baru berkahwin serta apakah hukum makan beradat yang kebiasaannya dilakukan di hadapan para tamu?

Bersanding adalah sunat sekiranya mengikut cara yang dibuat oleh Rasulullah kepada Saidina Ali. Antaranya ianya dilakukan dalam bilik yang tertutup dan disaksikan hanya oleh kaum keluarga. Aurat perempuan tersebut juga dijaga.

rujuk>http://www.jaring.my/annur/keugam15.htm
wallahu a'lam bissowab


Tajuk Re: HUKUM melihat orang bersanding - Dikirim oleh: RZA Pada 02/16/04 Masa: 08:41:11


assalamualaikum wbt,
Bersanding itu adalah satu adat yang bukan budaya Islam dan sama sekali tidak dituntut.
Dibolehkan bersanding jika dengan menutup aurat, tidak memakai perhiasan yang dilarang oleh Islam dan tidak dipertontonkan kepada yang bukan mahram (jika wanita) dengan cara yang tidak berlawanan dengan akhlak dan kesopanan Islam.
Upacara bersanding adalah haram jika berlaku pendedahan aurat, perempuan dipertontonkan secara terbuka kepada yang bukan mahram manakala pakaian dan perhiasan yang dipakai tidak selaras dengan kehendak syara'.
wallahu a'lam bissowab


Tajuk Re: HUKUM melihat orang bersanding - Dikirim oleh: Akbarsha  sy.abdillah. Pada 02/16/04 Masa: 08:42:37


Assalamu'alaikum,

DAkwaan sebegini tiada pernah terjumpa dimana-mana hadis atau pendapat ulama mengenai perkara seperti itu.
Bagaimana pun,hukum melihat orang perempuan yang bersanding itu adalah haram disisi Islam,Kerana sengaja memandang orang perempuan yang bukan muhrim.

Wallahu'alam.


Tajuk Re: HUKUM melihat orang bersanding - Dikirim oleh: Akbarsha  sy.abdillah. Pada 02/16/04 Masa: 09:12:53


Sambungan...
MAjlis kahwin yang dibenarkan.
Pertanyaan seorang sahabat,apakah adat yang diamalkan oleh orang Melayu dalam perkahwinan pernah diamalkan oleh para sahabat pada zaman Rasulullah s.a.w?kalau tidak,bagaimana yang sepatutnya kita lakukan untuk perkahwinan kita sekarang?

Pengertian adat dan syariat.Syariat adalah suatu yang datang dari Allah dan dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w.,manakala adat pula sesuatu yang diamalkan oleh sesuatu bangsa secara turun temurun.

kadang-kadang adat sesuatu bangsa itu bersesuaian dengan syariat dan tak kurang juga yang bertentangan dengannya.Rasulullah s.a.w. adat menyebut,adat adalah sebahagian dari hukum.Ulama Usul menetapkan ,mana-mana adat yang tidak bertentangan dengan syariat dikira hukum.

Perhubungan dengan adat dalam perkahwinan  orang Melayu ada yang bertentangan dengan syariat dan ada juga yang tidak bercanggah dengan syariat.Mana-mana yang bercanggah wajiblah dihindari dan mana-mana yang tidak bercanggah bolehlah diteruskan.

Senarai adat-adat yang tidak bercanggah dahulu kemudian diikuti dengan yang bercanggah pula.

Yang tidak bercanggah;
1.Perminangan dibuat oleh orangtua bagi pihak lelaki.
2.Majlis akad dirumah pengantin perempuan.
3.Mengadakan jamuan sebagai mengisytiharkan perkahwinan itu.
4.hadiah dari orang ramai.

Sungguh pun ia tidak bercanggah,bukanlah bermakna para sahabat buat begitu,malah perkahwinan para sahabat mudah dan ringkas

Yang bercanggah terlalu banyak diantaranya;

1.Mengadakan hantaran yang tinggi sedangkan dalam Islam tidak ada hantaran,yang ada hanya maskahwin.

2.Mengadakan kenduri sebelum akad nikah dtambah pula dengan percampuran bebas diantara lelaki dengan perempuan.

3.Suamiisteri setelah diakad nikah tidak dibenarkan bergaul bebas sehinggalah selesai kenduri kendara.

4.Mengadakan majlis persandingan dengan memaparkan kecantikan perempuan dikhalayak ramai.Sedangkan Islam menghendaki perempuan dilindungi dari dilihat oleh lelaki.

5.Ada malam berbedak dan berinai semata-mata hendak mengindahkan lagi wajah pengantin(perempuan)dan lain-lain lagi..


Wallauhu'alam bissowaab.


Tajuk Re: HUKUM melihat orang bersanding - Dikirim oleh: fauziah Pada 03/03/04 Masa: 09:50:33


Assalamu'alaikum,

Menyelenggarakan walimah.

Menyelenggarakan walimah(pesta pernikahan)merupakan hal yang mustahak(dianjurkan).Berkata Anas r.a.:"Pada suatu hari,Rasulullah s.a.w. melihat tanda2 pengantin pada diri Abdurrahman bin'Auf,lalu baginda bertanya:"Apa ini?"Jawab Abdurrahaman:"Saya baru saja mengahwini seorang wanita dengan mahar emas sebesar biji kurma."Mendengar itu baginda bersabda:"Baraka'llahu laka(semoga Allah memberkahi kamu).Selenggarakanlah walimah walau hanya seekor biri2!".

Rasulullah s.a.w. sendiri,ketika menikah dengan shafiyyah r.a.,menyelennggarakan walimah dengan kurma dan SAWiq.Diriwayatkan bahawa baginda pernah bersabda yang bermaksud:

"Menghidangkan makanan pada hari pertama(pernikahan)adalah hak(baik dan benar).Pada hari kedua sunnah,dan pada hari ketiga sum'ah(melakukan sesuatu agar dikenal orangramai)Barangsiapa melakukannya maka Allah akan membuka rahsia keburukan pelakunya."
(hadis ini gharib,tidak dirawikan kecuali oleh ziad bin Abdullah).

Selanjutnya,dianjurkan mengucapkan selamat kepada orang yang baru melangsungkan perkahwinan,dengan ucapan:
"Semoga Allah melimpahkan berkah-Nya untuk dan atas dirimu,dan semoga Allah menyatukan diantara anda berdua dalam kebaikan."(HR Abu hurairah).

Juga dianjurkan mengisytiharkan(mengumumkan)peristiwa perkahwinan,sebagaimana diisyaratkan dalam sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Pembeza antara yang halal dan haram ialah pukulan rebana serta nyanyian."(HR Termidzi).

Sabda baginda lagi bermaksud:
"Umumkan pernikahan,selenggarakanlah dimasjid dan rayakanlah dengan suara rebana."(HR Tirmidzi)

Diriwayatkan dari Rabi' binti Mu'awwadz:"Rasulullah datang pada hari perkahwinanku.Baginda duduk diatas tikar yang kuhamparkan,sementara beberapa anak gadis,hamba kami,sedang memukul-mukul rebana dan menyanyikan balada mengenang keluargaku yang gugur dalam peperangan.Sampai seorang dari mereka mendendangkan bait syai:".....dan diantara kami seorang Nabi yang mengetahui apa yang akan terjadi esok..."Maka Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya:"iamlah,jangan bicara soal ini,tetapi bicaralah seperti engkau lakukan sebelumnya."

Sekian.
Wassalam.

Kiriman berakhir