Ramai dikalangan wanita merasa resah ketika didatangi tetamu yang
bernama darah. Bahkan darah yang bernama haid, nifas dan istihadah ini
menjadi masalah dalam minda dan kehidupan mereka, baik dalam menentukan
jenis mahupun hukumnya. Wanita yang normal tidak dapat dipisahkan dari
darah yang mengalir keluar dari tubuh masing-masing. Ianya merupakan
anugerah Allah SWT dalam mengatur kesihatan diri.
Mempelajari dan memahami masalah darah ini merupakan fardhu ain bagi
wanita, kerana banyak ketentuan dan hukum Allah yang telah ditetapkan
di dalamnya. Lengkapkanlah diri dengan pengetahuan agama, agar tidak
menjadi wanita yang buta dan sesat dalam memahami diri sendiri.
Buku yang ada di tangan anda ini berusaha mengupas masalah kewanitaan
khususnya mengenai darah. Semoga ada manfaatnya, insya Allah.
|