Rumahtangga yang bahagia terdiri dari anggota yang menunaikan segala
tanggungjawab serta saling bantu membantu antara sesama mereka. Segala
kejahatan terhindar jauh lantaran kekuatan iman serta kekukuhan amalan
berpandukan suruhan Tuhan dan sabda Rasulullah SAW utusan pilihan.
Segala masalah diselesaikan bersama dengan muzakarah serta nasihat
yang membina, hingga tiada ruang bagi syaitan atau nafsu jahat menyelinap
masuk untuk mengeruhkan suasana.
Peranan suami sebagai pengemudi mengawal perjalanan hidup keluarga,
dibantu isteri untuk mengurangkan beban mendidik anak-anak, agar semuanya
berjalan seperti apa yang direncana. Semua kebaikan menjadi rutin
harian lantas menghalang kejahatan serta segala sifat yang dinaungi
syaitan. Keadaan ini membuatkan iblis dan syaitan dirudung ketakutan,
lalu lari bertempiaran kerana gagal menanam hasutan.
Semoga buku ini dapat memberi panduan untuk kita membina rumahtangga
yang ditakuti serta dihindari iblis dan syaitan, insya Allah.
|