“KALAU tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.”
Itulah bidalan yang sesuai bagi mereka yang ingin berjaya. Begitu
juga dengan rumahtangga, jika tidak dijaga dan diberi perhatian, pasti
kecundang di pertengahan jalan.
Hati mana yang tidak senang dan gembira, jika dibelai dan dimanja.
Bukan sahaja mengeratkan kasih sayang, malah kita akan mendapat pahala
dan ganjaran syurga. Dari itu, berusahalah bersungguh-sungguh untuk
menggapai impian dan segala kebahagiaan yang diimpikan. Ingatlah,
kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha.
Buku ini mengandungi beberapa panduan dan langkah demi mengekalkan
kebahagiaan rumahtangga. Semoga kita dapat mengambil pengajaran daripadanya,
insya Allah.
|