Ikatan suami isteri merupakan janji kesetiaan cinta dan kasih yang
diikrarkan melalui pernikahan. Dalam membina Rumah Idaman Syurga Impian,
berteraskan rasa sayang dan bersulamkan rindu, membuai pasangan suami
isteri di dalam arus gelombang rumahtangga.
Isteri Teladan adalah isteri yang mencurahkan kemesraan dan kasih
sayang untuk suami dan anak-anaknya dengan ikhlas kerana ingin memperoleh
keredhaanNya. Ia hadir di samping suami sebagai seorang isteri yang
taat dan patuh, rindu akan kebenaran dan selalu ingin berada di samping
suami untuk menyuburkan benih kasih dan sayang.
Kerelaan isteri untuk menikmati bahtera rumahtangga bersama suami dan
mengandung janin keturunan mereka, merupakan pengorbanan setia dari
seorang wanita solehah. Ia menghormati citarasa dan nurani suaminya
serta menjadi dambaan seorang suami. Semoga buku ini menjadi bimbingan
dalam mengecapi keharmonian rumahtangga.
|