Kumpulan kisah 1001 Malam ini merangkumi 5 siri, yang merupakan himpunan
kisah yang amat mempesona dan penuh dengan peristiwa yang menyentuh
nurani. Kisah-kisahnya mengandungi nilai-nilai moral dan seni yang tinggi.
Dalam kumpulan kisah ini, kita akan merasakan betapa sukarnya kita membezakan
alam fantasi dan alam realiti. Ketika kita membacanya kita mungkin merasakan
sedang berada di ‘dunia lain’ tetapi pada masa yang sama kita juga merasakan
bahawa ‘dunia lain’ itu adalah dunia kita sendiri yang sedang kita lalui.
Kisah-kisah dalam buku ini diterjemahkan dari kisah 1001 Malam yang
asal, yang pernah menggemparkan kota Baghdad di masa pemerintahan Khalifah
Harun Ar Rasyid yang merupakan Khalifah Abbasiyah yang kelima. Masa
pemerintahannya dianggap zaman keemasan Islam, manakala istananya di
Baghdad digambarkan istana yang paling indah dan megah di dunia.
Semoga kisah-kisah dalam 1001 Malam ini dapat memberikan pengiktibaran
dalam menghibur para pembaca selain dari merehatkan minda, insya Allah.
|