Dalam menguak arus kehidupan menuju destinasi kemurnian fitrah, berbagai
delima mewarnai fenomena perjuangan. Cubaan yang melanda kadang kala
bagaikan sembilu yang menghiris kalbu sehingga meninggalkan parut untuk
dikenang hingga akhir hayat. Semuanya menjadi memori dalam minda umat
sehingga mencambahkan lagi semangat dan motivasi menuju kebenaran yang
hakiki.
Peristiwa silam merupakan kenangan yang diukir insan mulia dengan
tinta sejarah, menghiasi dan mengisi relung hati umat masa kini. Setiap
goresan ukirannya bukan setakat fatamorgana namun merupakan realiti
yang telah ditetapkan Illahi. Kepiluan dan titisan air mata mengisi
ruang-ruang kedukaan insan yang diuji oleh Allah. Bagi yang sabar mendapat
rahmat dan yang ingkar mendapat kehinaan.
Hari esok merupakan perjuangan, hari ini adalah realiti dan kelmarin
merupakan kenangan. Sesungguhnya kenangan, kepiluan dan kesyahduan menguak
tabir perasaan yang menyayat hati tersimpan dalam 2002 Duka.
|