Tajuk ini memaparkan tentang kisah-kisah insan bertaubat yang telah
mendapat hidayah atau petunjuk daripada Allah SWT. Diantara golongan
yang mendapat rahmat tersebut iaitu taubat malaikat Harut dan Marut,
taubat para nabi diantaranya nabi Adam as, nabi Nuh as, nabi Musa as,
nabi Daud as, nabi Sulaiman as, dan nabi Yunus as. Kemudian memaparkan
taubat para raja, taubat umat para nabi terdahulu sebelum kehadiran
Nabi Muhammad SAW, kisah taubat para sahabat Rasulullah SAW dan taubat
para pemimpin negara dan insan pilihan setelah wafat Rasulullah SAW.
Buku ini membuka lembaran sejarah silam, bagi insan yang telah menemui
jalan kebenaran. Semoga paparan kisah ini dapat mengetuk kesedaran setiap
jiwa yang selalu dalam kealpaan, insya Allah.
|