Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya.
Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi
kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan
berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi
kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita
yang disebarkan oleh syaitan.
Dalam suatu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya,"Wahai Rasulullah,
sesungguhnya saya bermimpi melihat sebahagian tubuh baginda berada di
rumahku".Baginda menjawab, "Sesungguhnya Fatimah akan melahirkan seorang
anak lelaki, kemudian engkau yang akan menyusukannya". Tidak lama kemudian
Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita tersebut. Sesungguhnya
mimpi itu dapat ditafsirkan, namun tidak semua orang mampu menafsirkan
kebenarannya.
Semoga buku ini dapat membantu dalam menjawab makna mimpi anda, insya
Allah.
|