Seringkali hati manusia diselimuti dengan keresahan dan kedukaan,
juga kecewa dan merana yang sukar dicari penawarnya. Hanya jiwa yang
mengerti akan hakikat kehidupan ini, mampu mencari matlamat kehidupan
sesuai dengan fitrah yang Allah bekalkan dalam hatinya. Bagi memiliki
sifat mulia seperti zuhud, qana'ah, sabar, tawadhuk dan istiqamah, hendaklah
dengan bermunajat memohon segalanya hanya kepada Allah SWT.
Bagi insan beriman, nikmat dunia ini ada pada tiga perkara iaitu,
qiyamullail, silaturrahim dan solat berjemaah. Bangunlah dikala kesunyian
malam dengan bertahajjud dan berzikir kepadaNya agar segala keresahan
dalam kehidupan dapat disingkirkan. Tiada jalan yang dapat mensucikan
hati melainkan dengan menyerahkan diri dan segala urusan hanya kepada
Allah semata.
Semoga buku ini dapat memberi motivasi dalam beribadah dan mendapat
keberkatan dariNya, insya Allah.
|