Solat akan difahami keperluannya dan akan dapat dirasakan kenikmatannya
dalam sanubari bagi insan yang memahami hubungan yang unik ini antara
hamba dengan Khaliq. Dalam solat terjalin hubungan yang indah dan menggugah
segenap jiwa dan raga serta fana dalam kekhusyukan. Hati senantiasa
dalam genggamanNya, tunduk dan tawadhuk dengan penuh harapan akan kasih
sayangNya.
Setiap ibadah mempunyai manfaat dan keutamaan bagi yang mengerjakannya.
Ibadah solat mempunyai hikmah yang paling besar dalam kehidupan seorang
muslim, kerana ia merupakan asas untuk berpautnya amalan-amalan lain.
Jika solat telah sempurna, maka lahirlah keperibadian yang luhur, kedamaian
hidup serta terpancar nur syurgawi dari nurani yang murni.
Semoga buku ini menjadi penyuluh minda dalam mempersiapkan bekal untuk
bermunajat kepadaNya, insya Allah.
|