Selain alam yang nyata, ada lagi alam yang tidak dapat dilihat mata.
Hanya mereka yang bersih hati dan jiwa raga berjaya meneroka segala
alam yang menjadi rahsia. Yakin dan percaya terhadap perkara ghaib
adalah dituntut dari setiap Mukmin yang mengaku beriman, kerana itulah
tanda kebesaran Allah SWT di dalam ciptaan alam.
Kisah Nabi Musa AS dengan Nabi Khidir AS menjadi teladan dan bukti
bahawa segala yang dilihat bukan seperti yang dimengerti, kerana ianya
adalah dengan kuasa dan kehendakNya. Hanya dengan keyakinan, ilmu
dan amalan mulia dapat menenangkan hati sambil berserah kepada Allah
Yang Maha Esa Lagi Maha Mengetahui atas segala-galanya. Inilah ujian
bagi manusia untuk beriman pada segala sabda Nabi SAW yang tidak pernah
berdusta, diiringi Al-Quran yang terpelihara sepanjang masa sehinggalah
kita kembali kepadaNya.
Semoga kita dapat memantapkan lagi keimanan kepada Allah Yang Maha
Kuasa serta meyakini segala yang diwahyukan kepada Baginda SAW dan
menanti masa kebenarannya, insya Allah.
|