Kemerduan bunyi dan suara merupakan ciptaan Ilahi sebagai suatu nikmat
yang dirasa oleh deria pendengaran. Hasrat tersebut merupakan fitrah
insaniah yang suka dengan suara merdu, samada keluar dari bibir manusia,
haiwan ataupun alat muzik. Kemerduan itu menjadi bertambah sedap dinikmati
apabila disertai senikata dan lagu.
Menurut Imam Al Ghazali, sesetengah orang memang memerlukan sedikit
hiburan yang mubah di sisi Islam untuk menyegarkan kembali fikiran yang
letih. Beliau mengibaratkan sedikit hiburan itu bagaikan wajah yang
putih bersih dan bertambah cantik jika ada sedikit tahi lalat. Namun
jika tahi lalat muncul terlalu banyak, maka wajah yang cantik tadi menjadi
buruk. Begitu juga jika berlebihan dalam mendengar irama dan lagu maka
akan menumpulkan hati dan minda.
Semoga buku ini dapat memberikan maklumat dan panduan tentang adab
mendengar irama dan lagu yang dibenarkan menurut syarak, insya Allah.
|