Tajuk: Dosa-dosa Besar
Pengarang: Muhammad Thalib
Kod: DN 220
ISBN: 983-046-144-0
Kandungan: 200 m.s.
Harga: $10.00

Kembali ke halaman utama Kembali ke senarai utama buku Kembali ke senarai kategori


Setiap individu mengetahui bahawa akhir dari kehidupan ini akan dihadapkan dengan dua pilihan, samada akan dimasukkan ke dalam Syurga yang penuh kenikmatan atau ke dalam Neraka yang menyala. Hanya sedikit yang menunjukkan kesedaran akan hakikat ini, sehingga ramai terbuai dengan alunan dosa yang mereka nikmati dan ada juga tanpa nikmat yang tidak disedari.

Dosa-dosa besar merupakan amalan terlarang yang akan menutup pintu hati dan minda serta pintu rahmat segenap kehidupan kita. Sesungguhnya jika dosa telah menyelubungi gerakan kita maka akan punahlah harapan dan kebahagiaan. Ia bagaikan kabut menyelimuti sinaran bulan di waktu malam akhirnya gelap gelita tanpa menemukan jalan kedamaian.

Hindarilah diri dan orang lain dari melakukan dosa agar kehidupan memperoleh rahmat dan keredhaanNya. Semoga buku ini membuka fikiran dan kesedaran kita, insya Allah.


Iklan Darul Nu'man