Selari dengan perkembangan zaman dan teknologi canggih, umat Islam
perlu kepada pemahaman yang lebih jelas tentang permasalahan agama
yang berhubung rapat dengan kehidupan seharian. Kefahaman itu akan
membolehkan mereka menyelesaikan masalah dengan cara lebih diplomasi
dan matang.
Pelbagai masalah isu-isu fekah baru yang tidak ditemui dalam nas
Al Quran dan Hadis secara jelas, namun memerlukan analisa yang lebih
mendalam. Oleh sebab itu permasalahan ini memerlukan huraian yang
tepat daripada kalangan ulama masa kini. Dengan kebijaksanaan para
ulama menyelesaikan masalah ummah sesuai dengan ketentuan hukum Allah
SWT, maka Islam akan sesuai menurut aliran zaman, baik dilihat dari
kacamata umat Islam sendiri mahupun musuh-musuh Islam.
Sehubungan itu maka buku yang ada di tangan anda ini merupakan susunan
isu-isu feqah yang sering berlaku di zaman ini yang telah dihuraikan
oleh para ulama dan cerdik pandai Islam. Semoga ia akan menambahkan
saham ke arah meningkatkan kefahaman di kalangan umat Islam masa kini,
insya Allah.
|