Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, ramai manusia yang karam di
dalamnya. Oleh itu sediakanlah sampan untuk kamu belayar di atasnya
iaitu dengan taqwa kepada Allah. Perjalanan dunia ketika ini hampir
pada titik akhir zaman. Ramai orang lebih cinta dan sayang akan kehidupan
dunia yang mempersonakan mata ini, sehingga lupa akan janji dan nikmat
yang kekal abadi di akhirat nanti.
Ada tiga tanda yang besar sebagai bukti bahawa dunia akan mengakhiri
hayatnya iaitu dengan datangnya Imam Mahdi sebagai juru petunjuk, diiringi
dengan Dajjal musuh yang dilaknati Allah dan terakhir Nabi Isa as sebagai
insan yang akan membimbing umat ketika itu. Sebelum tiga tanda besar
ini menemui kita segeralah memperbaiki diri dengan bekal iman dan amal
soleh.
Buku yang ada di tangan pembaca ini mengungkapkan tentang ciri-ciri
dan sifat-sifat dari tiga insan yang ditunggu-tunggu itu. Semoga menjadi
pedoman bagi kita semua, insya Allah.
|