Islam adalah agama fitratullah, iaitu agama ciptaan Allah. Islam sesuai
dengan fitrah atau asal kejadian manusia yang cenderung kepada kebenaran
dan cinta kepada kesucian yang datang dariNya. Ajaran Islam mengukuhkan
keyakinan dalam kalbu dan menghindari kemusyrikan yang menjerumus diri
dari kehinaan. Semuanya bermuara dalam aqidah yang hanif dalam sanubari
insan.
Makrifatullah atau mengenal Allah merupakan hakikat yang paling tinggi
nilainya. Jika dengan fitrah Islam yang ada dalam rohani diabaikan,
maka musnahlah kehidupan ini. Dengan meluruskan keyakinan terhadapNya
dan melaksanakannya dalam kehidupan harian, barulah dapat merasakan
betapa manis dan indahnya agama Islam yang kita anuti.
Semoga buku ini memberikan panduan dalam membimbing diri menuju aqidah
yang lurus dan diredhaiNya, insya Allah.
|